Tuesday 8 March 2011

MPP selesai Isu Stor Di Kolej Kediaman semasa cuti semester

Situasi: Pelajar mengadu ada memo/notis daripada pihak PKP bahawa tiada bilik stor akan disediakan kepada pelajar berikutan semua bilik akan digunakan semasa Acara Sukan Berkanun

MPP Jawab:
Setelah perbincangan dengan pihak Penempatan dan Kemudahan Pelajar (PKP), berikut merupakan hasil yang diperolehi;

Stor sementara akan diadakan dibeberapa tempat mengikut blok

  • Bilik Perbincangan untuk semua blok Kolej Kediaman Abdul Rahman Limbong (KKARL) 
  • Bilik TV untuk blok di Kolej Kediaman Sheikh Abdul Malek (KKSAM

Menurut Exco Aduan dan Kebajikan, jika ada kontingensi bilik atau bilik yang tidak digunakan semasa acara sukan badan berkanun, insyaallah bilik stor akan ditambah. 

Sebarang masalah, sila berhubung dengan mana-mana ahli MPP disini Atau datang terus ke Pejabat MPP dialamat berikut

Pejabat MPP,
Aras 2, Bangunan HEPA baru,
Universiti Malaysia Terengganu,
21030, Kuala Terengganu.

Sekian terima kasih;

Salam Sayang, Cinta dan Kasih kami kepada anda semua, Mahasiswa/i UMT

"Pencetus Perubahan Kearah Kegemilangan"
EXCO PENERBITAN, PENERANGAN DAN PUBLISITI
MPP UMT 2011/2012

3 comments:

MAI89 said...

like..
(^-^)

zhy said...

lg bnyk,lg bgus...

haslinda said...

thanx mpp...;)