Tuesday 8 March 2011

MPP selesai masalah pelajar diploma tinggal di Kolej Kediaman

Situasi: Pelajar Diploma akan memulakan sesi pembelajaran lebih awal berbanding pelajar degree. Maka, pelajar diploma bertanya tentang status tempat tinggal mereka di Kolej Kediaman.

MPP Jawab:
Mengenai hal pelajar diploma yang bakal masuk awal dan permohonan tinggal di kolej kediaman telah diselesaikan. Menurut Exco Aduan dan Kebajikan,  pelajar diploma perikanan sebenarnya diberikan keutamaan menginap di Kolej Kediaman sekiranya mereka membuat permohonan.

Oleh itu, kepada pelajar diploma perikanan yang ingin menginap di Kolej Kediaman, sila membuat permohonan. kepada pelajar lain anda juga diminta memohon jika ingin menginap di asrama pada semester hadapan..borang permohonan menginap di asrama telah pun dikeluarkan pada 6/3/2011 sehingga 17/3/2011 secara ONLINE..di MYNEMO

Sebarang masalah, sila berhubung dengan mana-mana ahli MPP disini Atau datang terus ke Pejabat MPP dialamat berikut 

Pejabat MPP,
Aras 2, Bangunan HEPA baru,
Universiti Malaysia Terengganu,
21030, Kuala Terengganu.

Sekian terima kasih;

Salam Sayang, Cinta dan Kasih kami kepada anda semua, Mahasiswa/i UMT

"Pencetus Perubahan Kearah Kegemilangan"
EXCO PENERBITAN, PENERANGAN DAN PUBLISITI
MPP UMT 2011/2012

No comments: