Wednesday 30 November 2011

SAMUDERA di Sinar Harian

KARNIVAL KOKURIKULUM UMT


DARIPADA: PUSAT KOKURIKULUM & PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UMT


PERKARA: KARNIVAL KOKURIKULUM UMT 2011 & MALAM KEMUNCAK KARNIVAL 
KOKURIKULUM 2011


KEPADA: SEMUA MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU


SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PUSAT KOKURIKULUM & PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI AKAN MENGADAKAN KARNIVAL KOKURIKULUM UMT 2011 PADA 2 & 3 DISEMBER 2011(SABTU & AHAD).ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN SEMPENA KARNIVAL INI IALAH:


TARIKH : 2 DISEMBER 2011 (JUMAAT)


MASA : 8.30 PAGI - 10.00 MALAM


- PERTANDINGAN PIDATO (TEMPAT:KOMPLEKS SISWA)
- PROGRAM DERMA DARAH (TEMPAT:PUSAT KESIHATAN UMT)
- PERTANDINGAN SUKAN:
- BOLA SEPAK (TEMPAT:PADANG BOLA SEPAK KSTMI)
- BOLA JARING (TEMPAT:DATARAN PESTA KONVO)
- TAEKWANDO PANTAI (TEMPAT:PANTAI UMT)
- BADMINTON (TEMPAT:DEWAN BADMINTON KSTMI)
- RENANG (TEMPAT:KOLAM RENANG KSTMI)


TARIKH : 3 DISEMBER 2011 (SABTU)


MASA : 7.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI


- KEMPEN 'BEBAS KENDERAAN BERMOTOR'
(TEMPAT : SEPANJANG LALUAN BERMULA DARI HADAPAN KOMPLEKS SISWA KE
LALUAN MASUK KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR)


*SEMUA PELAJAR DILARANG MEMBAWA SEBARANG KENDERAAN BERMOTOR DI SEPANJANG LALUAN TERSEBUT DARI PUKUL 7.00 PAGI SEHINGGA 12.00 TENGAHARI SAHAJA.


MASA : 8.30 PAGI - 6.00 PETANG


- PERTANDINGAN PIDATO (TEMPAT:KOMPLEKS SISWA)
- PROGRAM DERMA DARAH (TEMPAT:PUSAT KESIHATAN UMT)
- SENAMROBIK (TEMPAT:KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR)
- EXPLORACE KECERGASAN (TEMPAT: SEKITAR UMT)
- PERTANDINGAN KAWAD KAKI KATEGORI ELIT & NGO
(TEMPAT:DATARAN KOMPLEKS SISWA)
- DEMONTRASI JPAM, TAEKWANDO & TAEROBIK
(TEMPAT:DATARAN KOMPLEKS SISWA)
- PERTANDINGAN SUKAN:
- BOLA SEPAK (TEMPAT:PADANG BOLA SEPAK KSTMI)
- BOLA JARING (TEMPAT:DATARAN PESTA KONVO)
- TAEKWANDO PANTAI (TEMPAT:PANTAI UMT)
- BADMINTON (TEMPAT:DEWAN BADMINTON KSTMI)
- RENANG (TEMPAT:KOLAM RENANG KSTMI)


MASA: 7.45 MALAM - 11.00 MALAM


MALAM KEMUNCAK KARNIVAL KOKURIKULUM UMT 2011
- TEMPAT : DEWAN SULTAN MIZAN
- PAKAIAN : BERTEMAKAN GLAMOUROUS NIGHT


*TERDAPAT PEMILIHAN PEMENANG BAGI 'BEST DRESS' KATEGORI PELAJAR AKAN DIADAKAN PADA MALAM TERSEBUT & 2 HADIAH DISEDIAKAN.KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN KEPADA SEMUA PELAJAR KOKURIKULUM BERKREDIT(TAHUN 1) & KEHADIRAN PELAJAR SENIOR AMAT DIGALAKKAN.


*UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH RUJUK PADA MEMO YANG DITAMPAL DI KAWASAN KOLEJ KEDIAMAN & PUSAT KOKURIKULUM DI KOMPLEKS SISWA.HARAP MAKLUM.

Tuesday 22 November 2011

Kolam Renang UMT Mula Beroperasi

Assalammualaikum dan salam perpaduan.

Alhamdullilah, kolam renang UMT telah secara rasmi dapat digunakan secara berkala oleh semua mahasiswa UMT. Namun, diharapkan semua mahasiswa UMT dapat menjaga tatasusila dan juga peraturan dikolam tersebut. Gunakanlah kemudahan tersebut sebaiknya dan secara berintelektual.

 




Makluman kepada yang belum tahu berkenaan jadual penggunaan kolam renang  dan peraturannya.

Bagi aktiviti riadah:

Masa : 5.00 - 7.00 petang

Hari mengikut jantina :

Wanita - Ahad, Selasa, Khamis & Jumaat (4 sesi seminggu)
Lelaki - Isnin, Rabu & Sabtu (3 sesi seminggu)
*Pembahagian bilangan hari mengikut nisbah pelajar(semasa)

Pakaian : *sila rujuk gambar di bawah atau pakaian seperti yang dipakai
Oleh Kadet Palapes@pelajar sains nautika(pengguna semasa) 



*Kaunter tempahan penggunaan dibuka di kolam renang setiap hari dengan menggunaan borang khas dari pukul 5.00 - 7.00 petang.hanya 40 orang yang terawal boleh menggunakan kolam renang bagi setiap sesi.tiada bayaran dikenakan

*Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa berdasarkan arahan pihak pengurusan Pusat Sukan & Rekreasi

*Untuk maklumat lanjut,sila rujuk papan kenyataan di dewan badminton atau hubungi En. Shahrizan(pegawai belia & Sukan) di talian 019-9840789

PENCETUS PERUBAHAN KEARAH KEGEMILANGAN

Yang Menjalankan Tugas,
Mohamad Aniq Azri bin Zailan
Exco Sukan dan Rekreasi
019-6265617

Monday 21 November 2011

Isu Pintu Pagar Kawalan Post Utara

Pertemuaan dengan beberapa pelajar yang mendiami kawasana luar kampus berdekatan dengan pagar pos kawalan utara telah dilakukan. Pertemuan singkat bersama pihak Unit Keselamatan seperti yang telah dijanjikan telah memberi sedikit sebanyak jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah pintu pagar belakang. Menurut Penolong Pengawai Keselamatan, En.Muhammad Bin Daud, tentang pintu pagar itu sememangnya mereka ingin membukanya, namun gara-gara ketidakcukupan pegawal keselamatan di kawasan itu, maka terpaksa menyebabkan mereka membukanya. Pada jam 8.00-8.30 pagi dan 5.00- 5.00 petang, ada pengawal di kawasan tersebut kerana pada waktu itu adalah waktu puncak bukan kerana staf dan sebagainya.Ada juga pelajar terlihat pengawal di situ pada waktu-waktu selain waktu tersebut, hal itu kerana mereka tiada tempat berehat dan bersolat, maka tempat itu sahajalah tempat rehat sementara mereka.

Kami suarakan juga tentang pelajar-pelajar yang mahu ke kelas atau makmal pada waktu malam, mereka terpaksa bergerak jauh dan sebagainya. Segala luahan dan aduan pelajar telah diadukan kepada pihak unit keselamatan secara Fact & figure, mereka juga menyokong jika pertambahan bilanga pengawal dilakukan meskipun terdapat kengkangan bajet di Bendahari. Mereka juga sedar bahawa pertemuan itu bukanlah yang terakhir, MPP berhasrat untuk terus ke pihak atasan Naib Cancelor atau Timbalan Naib Cancelor untuk mengatasi masalah ini berikutan perlu memperjuangkan bilangan pengawal disitu dan memastikan kelulusan secepat mungkin. Pembukaan pagar akan MPP maklum kelak..

MPPTV berkenaan isu ini akan dipublish pada 22 November 2011

Monday 14 November 2011

PTPTN "Kategori Laluan Khas".


Salam Sejahtera


Kepada semua pelajar tahun 1 yang memohon PTPTN "Kategori Laluan Khas".


Bersama ini disertakan senarai nama pelajar yang telah berjaya memohon pinjaman PTPTN bagi "Kategori Laluan Khas". Makluman ini juga telah dimaklumkan kepada saudara/i menerusi SMS dan email oleh pihak PTPTN.


Justeru itu, kepada yang terlibat, anda diminta untuk menyerahkan dokumen PTPTN ke Pejabat HEPA selewat-lewatnya 15 NOVEMBER 2011 (SELASA). Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini sila berhubung dengan Puan Norliana bt Mohd Zor di pejabat HEPA sebelum tarikh penghantaran dokumen berkenaan.


Perkara penting bagi penghantaran dokumen PTPTN :


1) Borang senarai semak (1 sahaja)
2) Set dokumen PTPTN yg boleh dicetak menerusi laman web PTPTN (2 set)
3) Dokumen sokongan (1 set) - disahkan oleh Pegawai Pengurusan dan Profesional HEPA.
4) Tandatangan saksi di dokumen PTPTN - ditandatangani oleh Pegawai P&P HEPA
5) 2 keping setem hasil bernilai RM10.00 setiap satu set dokumen PTPTN
6) Kepada penjaga yang tidak bekerja, diminta mengisi Borang Pengesahan Tidak Bekerja (boleh didapati di laman web PTPTN)
7) Maklumat terperinci mengenai panduan dan peraturan pengisian dokumen PTPTN boleh didapati di laman web PTPTN (www.ptptn.gov.my)


Sila rujuk papan kenyataan sekitar Kolej Kediaman dan Kampus untuk melihat senarai yang berjaya.

Friday 4 November 2011

FORUM MAHASISWA UMT (FMU): BAJET 2012, MANFAAT KEPADA MAHASISWA


SURAU AL-IRFAN, 31 0KTOBER 2011

                Pada 31 Oktober 2011, Kelab Amatur Intelektual (KAI UMT), telah mengadakan Forum Mahasiswa UMT (FMU) yang bertajuk Bajet 2012: manfaat kepada mahasiswa. Ahli panel yang dijemput adalah Saudara Mohd Izzat Bin Mohd Zubir, Mantan Naib Presiden KAI, Hj Mohd Sufi Bin Iberahim Shah, Presiden MPP, dan juga Saudara Mohd Faiz Bin Abdul Rahman.

         Setiap ahli panel di minta untuk membentangkan pandangan umum masing-masing mengenai bajet 2012 pada pusingan pertama. Pada pusingan kedua, ahli panel diminta untuk menjawab soalan moderator, Muhammad Raimi Bin Abdul Rauf. Saudara mohd Izzat telah mengupas mengenai gambaran sirah nabi dan rakaman ayat Al-Quran dan mengaitkannya dengan bajet dan ekonomi. Mahasiswa mesti tahu buat perancangan dan bajet diri masing-masing dalam dunia masa kini.

         Saudara Presiden MPP, telah mengulas mengenai beberapa fakta yang di bawa dalam bajet tersebut. Antaranya beliau ada menyebut beberapa angka fiskal dalam bajet 2012 dan mengulas menganai isu semasa, poltik dan agama.  Saudara Muhd Faiz pula mengulas beberapa cadangan dan pembangunan yang MKK boleh laksanakan dengan peruntukan yang diberikan kepada pihak PKP bagi menjaga kebajikan mahasiswa.

         FMU sangat wajar di adakan dan perlu di murnikan lagi pengurusannya. Atas cadangan MPP, KAI diminta untuk mengadakan forum di tempat lebih umum iaitu di kawasan kafe baru bagi menggalakkan pelajar untuk mendengar kupasan pelajar. FMU ini dibuat untuk menggalakkan pelajar-palajar melontarkan pandangan dan ia berbentuk student oriented.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha





Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2011/2012 Universiti Malaysia Terengganu mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dan Selamat Bercuti. :)