Monday 26 December 2011

Penyelesaian Isu Terkini Mahasiswa UMT

Prasarana di dalam dewan kuliah.
1. Keadaan prasarana di dalam bilik kuliah mempunyai banyak kerusi yang rosak dan tidak dibaiki.
Keputusan : Tindakan akan diambil terus kpd pihak Pembangunan Harta (PPH) eslepas kami (MPP) memberi secara spesifik lokasi, no bilik kuliah yang bermasalah dan jumlah kerosakan. [Diharapkan juga mahasiswa yang dah ada gambar boleh upload di BMU]

Kelambatan tindakan terhadap aduan yang telah diajukan.
1. Tindakan terhadap aduan yang diajukan kepada pegawai-pegawai yang bertugas adalah pelahan. Hal ini kerana aduan dikumpulkan sehingga mencapai bilangan yang banyak dan kemudian baru dilaksanakan. Sedangkan setiap aduan yang diberikan adalah sangat penting seperti aduan tentang kerosakan lampu di jalan utama yang telah mengambil masa lebih seminggu untuk dibaiki. Kesannya, telah berlaku kemalangan yang melibatkan pelajar akibat jalan yang gelap.
Keputusannya: Dato’ NC akan mengambil tindakan kepada pihak yang terlibat secara terus bila mana kami (MPP) akan bagi butiran aduan yg tidak dilaksanakan sbelum ini )

Banjir kilat di UMT.
1. Banjir kilat telah berlaku di dalam UMT khususnya di sepanjang jalan utama Kompleks Siswa akibat sistem saliran air yang tidak sistematik dan tersekat. Hal ini telah berlaku berulang – ulang kali dan yang terdekat adalah pada 15 Disember 2011. Kami sediakan lampiran 1 di sebelah untuk menunjukkan keadaan banjir baru-baru ini.
Keputusannya: Dato NC sendiri sedar dan tahu terhadap masalah ini. sekarang sedang mencari penyelesaian, dan gambar keadaan semasa banjir telah kami tunjukkan kepada beliau)

Harga makanan terlalu mahal di kafeteria dan kedai serbaneka Fakulti Sains dan Teknologi (FST).
1. Pihak urus niaga tidak mahu bekerjasama untuk menurunkan harga yang bersesuaian seperti di kafe – kafe lain dalam UMT. Ramai para pelajar merungut terhadap perkara ini kerana membebankan mereka terutama di penghujung semester.
Keputusannya: Dato’ NC tak benarkan mereka berniaga jika tidak mahu bekerjasama selepas diberitahu sekali lagi

Isu parkir berpusat pelajar (isu penting bagi kami sebagai student)
1. Kami mohon jasa baik Y. Bhg. Dato’ untuk menangguhkan penguatkuasaan parkir berpusat pelajar. Hal ini kerana keadaan parkir yang dipusatkan kepada pelajar menyekat pergerakan pelajar dalam bidang akademik. Realitinya parkir sedia ada tidak mencukupi untuk menampung jumlah kenderaan pelajar di kwasan tersebut.
2. Mewujudkan ketidakharmonian dalam kampus apabila pelajar merasakan terdapat ruang parkir yang memberi kelebihan kepada pihak staf berbanding pelajar meskipun bilangan pelajar UMT lebih banyak berbanding staf UMT. (pengasingan pelajar dan staf dalam komuniti universiti)
Cadangan kami,
1. Tambah jumlah parkir berpusat di kawasan fakulti FST dan FMSM atau mempersiapkan terlebih dahulu bangunan yang sedang dibina di sekitar kampus.
2. Menyediakan susur gajah sepanjang laluan pelajar dari parkir berpusat ke kompleks kuliah.
3. Menyediakan pengangkutan bas secara berkala dalam kampus bagi mengurangkan penggunaan kenderaan dalam kalangan pelajar di kampus.
4. Liberalisasi kawasan parkir. Wujudkan tapak Parkir Berpusat sahaja.
Keputusannya: Dato’ NC menerima keputusan kita semua iaitu tidak mahu melaksanakan perkara ini kerana tidak sesuai dilaksanakan lagi kerana tiada persediaan yang mencukupi. Pelajar boleh parkir seperti biasa tapi secara berhemah dengan mghormati hak orang lain selaras dengan keintelektualan kita sebagai mahasiswa, harap kita semua juga dapat bersatu lagi selepas ini.

Isu pengangkutan bas UMT.
1. Tempahan bas UMT tidak dapat dipenuhi walaupun kertas kerja aktiviti telah diluluskan.
Cadangan kami,
1. Kami sedia maklum tentang kekurangan bas dalam UMT. Namun demikian, kami mencadangkan supaya pengurus bas UMT dapat menyewa syarikat bas luar untuk menampung jumlah bas UMT. Ini kerana, kebiasaan program aktiviti luar yang telah diluluskan, kami mempunyai persetujuan dengan masyarakat luar untuk melaksanakan program di kampung dan tempat mereka. Apabila bas tidak dapat pada tarikh tersebut menyebabkan kami terpaksa menunda kepada tarikh yang lain tanpa sebab yang munasabah. Hal ini telah menjatuhkan imej program kami serta nama UMT terhadap perspektif luar.
Keputusannya: cadangan di atas diterima dan beliau nak pastikan perkara ini berjalan lancar iaitu kalau tak cukup bas, pengusaha bas kena sewa bas luar utuk program.

Isu pintu pagar dalam UMT.
1. Pintu pagar pos utara dan pos selatan hanya dibuka kepada pejalan kaki dan basikal sahaja.
Cadangan kami,
1. Membuka pintu pagar kepada semua kenderaan termasuk pelajar dan staf daripada pukul 7.00 pagi hingga 6.00 malam. Ini kerana para pelajar mempunyai kelas sehingga lewat malam.
Keputusannya: pintu pagar akan dibuka untuk motosikal juga bukan untuk jalan kaki dan basikal sahaja.

Isu kekurangan jumlah pengawal keselamatan
1. Memandangkan jumlah pengawal di UMT hanya mempunyai seramai 43 orang sahaja untuk menjaga keselamatan para pelajar dan staf yang berjumlah lebih 7000 orang adalah tidak memadai (1: 163). Jumlah pengawal UMT adalah paling sedikit berbanding dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA) yang mempunyai jumlah pengawal keselamatan seramai 96 orang berbanding 6000 orang pelajar (1:62) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang mempunyai jumlah keselamatan hampir 56 orang berbanding 2000 orang pelajar (1: 35).
2. Pengawal keselamatan UMT tidak mempunyai kualiti bekerja kerana terpaksa bekerja melebihi masa iaitu sehingga 12 jam dalam satu hari. Hal ini telah menyebabkan pengawal penat dan tidur yang menjejaskan kestabilan emosi semasa bertugas.
Cadangan kami,
1. Menambah jumlah pengawal keselamatan kepada yang lebih banyak lagi bagi menjamin kualiti keselamatan universiti kita.
2. Mengurangkan jurang nisbah pengawal keselamatan dan jumlah pelajar.
Keputusannya: pihak universiti tak boleh buat apa2 sb JPA tak buka kuota untuk ini, jadi kami di pihak MPP akan hantar surat kpd kementerian untuk buka kuota ini, InsyaAllah)

Saturday 24 December 2011

Solat Hajat Dan Ceramah Perdana Sempena Peperiksaan Akhir Semester

Solat Hajat Dan Ceramah Perdana
Sempena Peperiksaan Akhir Semester


26 Disember 2011 (Isnin)
6.30 Petang Hingga 10.30 Malam
Dewan Sultan Mizan


*Sila lihat Banner dibawah untuk melihat aktiviti yg dijalankan.. Mari beramai2.. Kita menunaikan solat Hajat bersama-sama. Semoga dipermudahkan untuk kita menjawab peperiksaan nanti.. Amin :)) ♥



Thursday 8 December 2011

PERJUANGKAN HAK SUARA MAHASISWA. : SPEAKER'S CORNER!

Assalamualaikum dan salam perpaduan buat semua mahasiswa UMT sekalian,

Jika dilihat tentang sejarah Speaker's Corner, ramai mungkin tidak tahu bahawa itulah medium pelajar bersuara. Sebelum ini dia telah diharamkan atas kengkangan pelbagai faktor. Namun hakikatnya apabila mahasiswa dipenjarakan dengan AUKU, ramai memberontak dan cuba untuk 'memperjuangkan' hak bersuara, kini apabila MPP UMT ingin mengambil langkah untuk bersuara, diharapkan semua mahasiswa turut turun padang untuk melaungkan kekuatan suara kita itu..


diharapkan sudut pidato ini dapat digunakan sebaiknya...

Batch Button akan diberikan kepada para pemidato dan pemerhati (100 yang terawal)

Kita juga memberikan buku nota kecil



Inilah Medan Mahasiswa Bersuara!!

Ini memo yang telah ditampal disekitar kampus.

Dan juga anda boleh klik di SINI untuk download borang dan peraturan Sudut Pidato.

Jika yang ingin menghantar borang bersama tajuk anda sekalian:

Boleh lar ke kaunter urusetia di kafe KKSAM pada jam 9.00 malam- 11.00 malam
bermula pada 8hb Disember 2011.

Tarikh tutup adalah pada 10hb Disember 2011


Disini saya sertakan bersama video tentang sudut pidato yang sepatutnya menjadi pilihan mahasiswa!


PENCETUS PERUBAHAN KE ARAH KEGEMILANGAN



Yang menjalankan tugas,

Norzulaiqha Binti Zulkifli
Timbalan Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012
Merangkap Pengarah Program "Speaker's Corner"
Universiti Malaysia Terengganu
017-6477510

Tuesday 6 December 2011

KEHANGATAN MALAM ANUGERAH KEPIMPINAN PELAJAR (MAKEP) MAKIN DIRASAI

Assalammualaikum dan salam sejahtera wahai Elegant Leader UMT sekalian...

Unit Penganugerahan MAKEP yang diketuai oleh Bakyah Jabar MPP UMT telah menyediakan borang pencalonan dan kriteria pemilihan untuk anugerah-anugerah yang dipertandingkan. Diharapkan semua mahasiswa sama-sama memartabatkan nama kelab/persatuan/badan beruniform masing-masing.

Malam penghargaan ini bakal memberikan peransang dan juga dorongan kepada mahasiswa untuk bergerak aktif dalam universiti selain dalam membentuk kepimpinan mahasiswa kelas pertama. Disini, kami lampirkan  borang untuk anda semua :-

KRITERIA MAKEP

SILA TEKAN SINI

BORANG PENCALONAN

SILA TEKAN SINI

Sebarang pertanyaan atau masalah boleh menghubungi MPP UMT : Bakyah Jabar ditalian 013-9156401

PENCETUS PERUBAHAN KE ARAH KEGEMILANGAN

Yang menjalankan tugas,

Siti Norbakyah Jabar
Exco Aduan dan kebajikan
Merangkap:
Ketua Unit Penganugerahan MAKEP 11/12