Hasil Aduan MPP dan MKK berkenaan kes kecurian dimana pagar dawai dipotong dikawasan kolej kediaman.
Pihak PPH akan memperbaiki pagar dawai dengan menambah pagar dawai secara 'double' di area yang dipotong.
untuk memastikan pencuri dapat dikesan dengan mudah dan mengelakkan kawasan tersebut menjadi sarang persembunyian pencuri, semak samun disekitar pagar UMT telah dibersihkan. Insyaallah dengan tindakan segera ini akan membantu mengurangkan masalah kecurian harta benda pelajar dan universiti dimasa depan kelak.
Showing posts with label MPP Jawab. Show all posts
Showing posts with label MPP Jawab. Show all posts
Tuesday, 24 January 2012
Sunday, 15 January 2012
Kemelut Banner Disuarakan Di Hadapan TNC
Isu BANNER yang pernah di tuliskan pada artikel yang lepas.
Sila KLIK SINI untuk mengetahui isu ini.
![]() |
| Banner yang telah menggunakan nama perwakilan pelajar UMT |
Pertemuan MPP bersama Prof. Dr. Yahaya Bin Ibrahim
Jam :4.00 petang
Hari : Selasa
Tarikh: 15 Januari 2012
Tarikh: 15 Januari 2012
Antara isu yang telah diperbincangkan adalah berkaitan Banner 'Kami Benci Demo, Kami Sayang UMT, UMT Dihati ku' yang telah digantung mengunakan nama perwakilan dan Badan-badan Kelab Pelajar tanpa kebenaran atau pemberitahuan.Antara perbincangan secara langsung adalah:
- Penjelasan barisan MPP atas tindakan penurunan banner tersebut secara drastik tanpa perbincangan dengan pihak HEPA pada hari kejadian
- Penjelasan daripada pihak TNC HEPA, Prof Dr. Yahaya Bin Ibrahim berkaitan penggunaan nama MPP dan Badan-Badan Pelajar
- Penjelasan tentang kedatangan Presiden MPP ke HEPA yang tidak disenangi atas sebab dikatakan biadap dan beremosi.
Bagi isu :-
1. Penjelasan barisan MPP atas tindakan penurunan banner tersebut secara drastik tanpa perbincangan dengan pihak HEPA pada hari kejadian
1. Penjelasan barisan MPP atas tindakan penurunan banner tersebut secara drastik tanpa perbincangan dengan pihak HEPA pada hari kejadian
- Barisan MPP memaklumkan kepada TNC tentang tindakan menaikan banner tanpa pemberitahuan adalah mendukacitakan keseluruhan perwakilan dan badan-badan pelajar.
- MPP merasakan penurunan banner tersebut adalah tindakan wajar kerana bukan hanya untuk menunjukkan protes semata-mata, namun kerana di banner terbabit adalah melibatkan nama perwakilan yang dimana kami berhak untuk menurunkan banner tersebut sebelum timbul satu salah faham antara pelajar dan perwakilan.
- Kami percaya apabila pihak pengurusan UMT memberikan kepercayaan kepada mahasiswa, maka ia dapat mempercepatkan kematangan sahsiah dan dapat memberikan manfaat pembangunan intelektualan mahasiswa selagi mana mahasiswa tahu bahawa pihak pengurusan tidak melibatkan politik luar dalam kampus.
- Malahan, barisan MPP juga berpendirian bahawa kepercayaan kepada mahasiswa UMT harus diberikan dalam membentuk mahasiswa minda kelas pertama yang mengutamakan perjuangan secara rasional bukan radikal, hikmah bukan fitnah, mendidik bukan mengherdik atau pengemar kuasa jalanan semata-mata namun demostrasi adalah jalan terakhir sekiranya segala pendekatan demokrasi dan diplomasi tidak dapat berjalan dengan jayanya
2. Penjelasan daripada pihak TNC HEPA, Prof Dr. Yahaya Bin Ibrahim berkaitan penggunaan nama MPP dan Badan-Badan Pelajar
- TNC HEPA memaklumkan bahawa sebenarnya beliau tidak berniat untuk menidakkan hak perwakilan malah beliau sentiasa mengutamakan suara mahasiswa melebihi segalanya.
- Namun, ada beberapa salah paham antara beliau dan pihak staf yang membuat persiapan banner dimana beliau sememangnya mahukan banner dikeluarkan atas makluman MPP.
- Beliau juga mahu sekiranya banner itu dikeluarkan seperti sediakala tanpa sebarang nama yang yang berkaitan.
- Beliau dilihat boleh menerima pendirian MPP tentang erti demostrasi pada mahasiswa dan tentang penurunan Banner terbabit.
- TNC HEPA memaklumkan bahawa isu Saudara Presiden MPP yang hadir ke Pejabat HEPA tidak disenangi beberapa pihak.
- Namun, MPP memberitahu tentang situasi sebenar yang di mana kebetulan saya ada ditempat kejadian. Ia tidak sama seperti yang digambarkan walaupun sememangnya ada babak emosi panas ketika itu kerana ia melibatkan maruah dan kepercayaan MPP kepada pihak Universiti dan juga kepercayaan mahasiswa kepada MPP.
- MPP juga maklumkan pada TNC, Saudara Sufi dan MPP yang turut serta telah memohon maaf secara terbuka pada hari kejadian atas sedikit ketegangan pada waktu tersebut.
- Tentang video pula, MPP telah maklumkan ia adalah hak mahasiswa, terpulang kepada mahasiswa terbabit untuk menguploadkan dimana. MPP cuma bertindak pada waktu kejadian secara spontan bukan sengaja direka untuk melibatkan pihak luar atau mana-mana parti politik..
Sesungguhnya, pertemuan selama 1 jam ini bukanlah satu pendekatan yang MPP katakan 'selesai segalanya' , namun ini adalah antara pendekatan kepimpinan kami yang tetap mengutamakan diplomasi, semahunya menyelesaikan secara harmonis dan tidak mahu menjatuhkan mana-mana pihak tetapi sama-sama memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada demi masa depan mahasiswa dan UMT keseluruhannya.
Kami juga berharap perbincangan dua hala seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan kerana mahasiswa generasi hari ini mempunyai ideal dan pengharapan yang amat kompleks dan bervariasi antara kita. Sebahagian daripada kita mempunyai perasaan ketidakpuasan, ketidakperluan dan ketidaklibatan yang sebenarnya mencerminkan kelemahan demokrasi moden dan kegagalan pihak pentadbiran mengintegrasikan mahsiswa dalam arus perdana masyarakat dan negara.
Konklusinya, saya dan MPP keseluruhannya, tetap berterusan memperjuangkan hak mahasiswa dan tidak mahu pihak pengurusan UMT melakukan ‘double-standard’ atau tidak adil kepada mahasiswa terutama badan-badan pelajar yang telah diiktiraf kerana kita mahu menghakupayakan mahasiswa agar dapat mengoptimumkan potensi keintektualan dan integriti mahasiswa UMT secara menyeluruh dan holistik.
Yang Bersuara Atas Kebenaran
Norzulaiqha Binti Zulkifli
Timbalan Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012
Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012
Universiti Malaysia Terengganu
Monday, 9 January 2012
MPPUMT BUKAN ROBOT SESIAPA, KAMI SUARA MAHASISWA
Pasti pasti ada tertanya-tanya, apakah motif artikel kali ini dikeluarkan. Sebenarnya bukan nak cetus isu atau mencari isu namun lebih kepada pendekatan memberitahu secara berterus-terang kepada semua mahasiswa UMT tentang isu terbaru dan hangat di Bicara Mahasiswa UMT (BMU) iaitu Kenaikan Banner “Kami Benci Demo… Kami Sayang UMT, UMT Dihatiku’ dan juga isu-isu yang dipaparkan di blog Samutroll yang semakin hari semakin berbisa (saya tahu blog itu adalah blog BOHONG semata-mata, cuma tidak salah juga untuk mengambil sedikit sedutan dari blog tersebut kerana ia melibatkan yang berkaitan juga)
Lihat ni..
(KLIK UNTUK LEBIH JELAS)
Mungkin penulis blog Samutroll ini merasakan seperti ‘pelik’ dan ‘ajaib’ bila mana MPP tiba-tiba mengeluarkan banner ‘kontroversi’ terbabit pada tarikh 9/01/2012. Mungkin terfikir MPP cukup rajin untuk membuat banner yang banyak semata-mata mengatakan kebencian kepada demostrasi yang terlalu general maksud yang ingin disampaikan. Sedangkan hakikatnya yang berlaku adalah pihak MPP dan semua perwakilan badan-badan pelajar tidak mengetahui bahawa pihak universiti telah meletakkan nama kami di banner terbabit tanpa pengetahuan kami sendiri.
Malahan apabila cuba mengatakan seperti mahu menyorokkan sesuatu itu, kami secara sebulat suara tidak pernah mahu menyorokaan 'sesuatu' seperti yang dibangkitkan.Malahan kami sebolehnya mahu menunjukkan segala bukti bahawa kami di barisan MPP sentiasa mengutamakan suara pelajar melebihi segalanya.
Apabila MPP dimaklumkan tentang kewujudan banner-banner ini, terdapat beberapa pihak pelajar dan presiden kelab turut sama membantu menurunkan banner ini tanda bantahan. Namun, penurunan banner ini bukanlah bersifat untuk kurang hajar atau biadap tetapi lebih kepada pendekatan menegakkan hak kebebasan demokrasi yang didambakan oleh pihak MPP dengan pihak pengurusan UMT.
Apabila MPP dimaklumkan tentang kewujudan banner-banner ini, terdapat beberapa pihak pelajar dan presiden kelab turut sama membantu menurunkan banner ini tanda bantahan. Namun, penurunan banner ini bukanlah bersifat untuk kurang hajar atau biadap tetapi lebih kepada pendekatan menegakkan hak kebebasan demokrasi yang didambakan oleh pihak MPP dengan pihak pengurusan UMT.
Maka kami turunkan mengikut suara demokrasi juga.
Kami beri kebebasan pada setiap perwakilan kelab masing-masing untuk menurunkan atau terus membiarkan banner tersebut tergantung dengan nama yang digunakan tanpa pemberitahuan yang jelas.
Antara banner yang dinaikan tanpa pengetahuan badan-badan pelajar UMT.
Hal ini sepatutnya tidak berlaku.... Kami dibarisan MPP semahunya mahasiswa UMT diberi kepercayaan dan tiada kesangsian sehingga lahirnya banner-banner tanpa pengetahuan perwakilan seperti menidakkan hak MPP dan Presiden-Presiden ini dalam memberikan pandangan yang sepatutnya tentang isu Demostrasi ini.
Sememangnya sekiranya MPP dan Badan-Badan Pelajar tidak mengambil keputusan menurunkan banner-banner secepat yang mungkin, maka ia mungkin akan menjadi satu isu polimik politik dalam kalangan mahasiswa.
Antara gambar mahasiswa yang tidak berpuas hati apabila banner-banner ini bergantungan di sekitar UMT.
Ada juga beberapa pelajar bertanya mengapa banner-banner ini bergantungan kerana mereka sedar keadaan di UMT adalah baik dan tidak perlu diberi 'peringatan' seperti ini.
ISU MPP BIADAP
Maka ada juga pelajar mengeluarkan statement tentang Staf tidak berpuas hati kepada Presiden MPP UMT kami kerana dikatakan bertindak sedikit emosi dalam pejabat HEPA ketika itu.
Isu ini tercetus apabila MPP datang ke pejabat kerana mahukan kepastian dan penjelasan yang lebih jelas daripada semua pihak. Pada waktu kejadian, walaupun terdapat sedikit situasi tegang antara MPP dan beberapa staf, Saudara Sufi sekadar membentangkan banner dilantai (sebab ada yang bertanya macam mana banner terbabit) dan bertanyakan kepada pihak staf yang ada disitu.
Apabila ada mengatakan beliau seakan-akan membaling dan menyepak banner terbabit namun sebenarnya ia bukanlah seperti yang dibayangkan.Beliau bukan sengaja pijak, cuma keadaan banner dilantai maka mungkin masyarakat boleh memahai situasi terbabit (bukan beerti berniat sengaja biadap pada sesiapa). Sememangnya tidak dinafikan beliau sendiri menyatakan bahawa beliau tidak berniat untuk bertindak melulu malah sangat menghormati pihak staf HEPA, cuma dalam nada suara yang tegas dan bahasa tubuh yang membantah telah melahirkan ekspresi emosi telah disalah anggap oleh beberapa pihak. Namun, kami akhiri pertemuan terbabit dalam keadaan aman, MPP telah memohon maaf kerana merasakan ada pihak yang terguris ketika kehadiran kami disitu namun yang pastinya tiada sebarang pergaduhan walaupun persoalan tidak terjawap secara penuh kerana ada beberapa perkara perlu terus kepada TNC.
Sesungguhnya, sepanjang memegang tangungjawab sebagai MPP, kami tidak pernah berniat mahu bersifat negatif pada mana-mana pihak apatah lagi untuk memburuk-burukan HEPA atau melaga-lagakan mana-mana pihak, malah sentiasa berharap dan mengalakkan mahasiswa untuk lebih terbuka menerima pengurusan pihak HEPA demi menjaminkan kelestarian intelektual dan keharmonian mahasiswa dengan pihak HEPA dan semua pengurusan di UMT. Malah, kami sentiasa menghargai usaha pihak HEPA yang tidak putus-putus memberikan kerjasama terbaik dalam membantu pengurusan hal ehwal pelajar yang sebaiknya. Namun, apabila lahirnya banner-banner ini tanpa pengetahuan MPP dan perwakilan yang lain, maka menjadi kekecewaan dan persoalan tentang dimanakah silap barisan MPP di kacamata pihak pengurusan HEPA. Jika ada salah dimana-mana tegurlah kami sebaiknya.
Bila ditanya secara terperinci tentang rentetan kisah banner tersebut, adalah dikatakan bertujuan kerana Perhimpunan 901 yang berlaku pada tarikh hari ini 9 Januari 2012. Maka jika ditanya tentang 901, pendirian MPP pastinya tidak menyokong 901 kerana kepercayaan kepada ketulusan mahkamah meskipun pihak polis telah memberikan kelulusan berhimpun. Namun, jika dilihat pada banner yang telah dinaikkan di UMT, pandangan pertama menyatakan tentang 'demo' yang luas maksudnya dan jika ditanya pula tentang pendirian MPP tentang demostrasi, sememangnya demostrasi terdapat pro dan cons, malah ada demostrasi yang boleh memberikan kebaikan dan tidak dinafikan ada juga yang sebaliknya, namun MPP percaya dan mahu semua mahasiswa UMT bertekad bersatu dalam membentuk mahasiswa minda kelas pertama yang mengutamakan perjuangan secara rasional bukan radikal, hikmah bukan fitnah, mendidik bukan mengherdik atau pengemar kuasa jalanan semata-mata namun demostrasi adalah jalan terakhir sekiranya segala pendekatan demokrasi dan diplomasi tidak dapat berjalan dengan jayanya.
Dalam kes ini, kepercayaan harus diberikan kepada mahasiswa kerana disitulah self-estim sebagai mahasiswa dapat dipupuk dengan jayanya. Tambahan kerajaan juga tidak menghalang perhimpunan yang mendapat kelulusan, maka UMT bukanlah universiti yang membangkang atau menidakkan kuasa perlembagaan negara. Maka berharap pertemuan MPP dengan TNC pada 15hb Januari 2012 nanti dapat satu penjelasan terbaik daripada pihak universiti.Sesungguhnya, jauh disudut hati ini berharap segalanya dapat diselesaikan secara aman dan harmonis.
Malahan MPP berharap semua presiden dapat turun pada 10hb Januari 2012 dikafe KKSAM untuk menandatangi Petisyen KHAS berkaitan dengan 'Bantahan kepada Pihak Universiti Dalam Mengunakan Nama Perwakilan dan Badan-Badan Pelajar UMT dalam Banner "Kami Benci Demo..." pada esok malam (9malam -11 malam) sebelum dihantar kepada TNC sebagai bukti kelab2 tidak tahu dan tidak bersetuju atas kenaikan banner-banner ini tanpa pengetahuan dan persetujuan semua. Adakah semua Presiden2 kelab yang terlibat bersetuju dan bersatu? Kami mahukan suara anda semua secara majoriti namun tidak berniat menidakkan hak golongan minoriti kerana bukan prinsip demokrasi yang sebenar.
Harapan barisan MPP agar semua mahasiswa sentiasa bersatu dan mewujudkan kesatuan mahasiswa yang tidak berbelah bagi. Terima kasih....
'PENCETUS PERUBAHAN KEARAH KEGEMILANGAN'
p/s: Kredit kepada Nash Azuan kerana terdapat gambar yang diambil dari kamera beliau dan juga blog beliau
Yang Bersuara Demi Kebenaran,
Norzulaiqha Binti Zulkifli
Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2011/2012
Universiti Malaysia Terengganu
Monday, 26 December 2011
Penyelesaian Isu Terkini Mahasiswa UMT
Prasarana di dalam dewan kuliah.
1. Keadaan prasarana di dalam bilik kuliah mempunyai banyak kerusi yang rosak dan tidak dibaiki.
Keputusan : Tindakan akan diambil terus kpd pihak Pembangunan Harta (PPH) eslepas kami (MPP) memberi secara spesifik lokasi, no bilik kuliah yang bermasalah dan jumlah kerosakan. [Diharapkan juga mahasiswa yang dah ada gambar boleh upload di BMU]
Kelambatan tindakan terhadap aduan yang telah diajukan.
1. Tindakan terhadap aduan yang diajukan kepada pegawai-pegawai yang bertugas adalah pelahan. Hal ini kerana aduan dikumpulkan sehingga mencapai bilangan yang banyak dan kemudian baru dilaksanakan. Sedangkan setiap aduan yang diberikan adalah sangat penting seperti aduan tentang kerosakan lampu di jalan utama yang telah mengambil masa lebih seminggu untuk dibaiki. Kesannya, telah berlaku kemalangan yang melibatkan pelajar akibat jalan yang gelap.
Keputusannya: Dato’ NC akan mengambil tindakan kepada pihak yang terlibat secara terus bila mana kami (MPP) akan bagi butiran aduan yg tidak dilaksanakan sbelum ini )
Banjir kilat di UMT.
1. Banjir kilat telah berlaku di dalam UMT khususnya di sepanjang jalan utama Kompleks Siswa akibat sistem saliran air yang tidak sistematik dan tersekat. Hal ini telah berlaku berulang – ulang kali dan yang terdekat adalah pada 15 Disember 2011. Kami sediakan lampiran 1 di sebelah untuk menunjukkan keadaan banjir baru-baru ini.
Keputusannya: Dato NC sendiri sedar dan tahu terhadap masalah ini. sekarang sedang mencari penyelesaian, dan gambar keadaan semasa banjir telah kami tunjukkan kepada beliau)
Harga makanan terlalu mahal di kafeteria dan kedai serbaneka Fakulti Sains dan Teknologi (FST).
1. Pihak urus niaga tidak mahu bekerjasama untuk menurunkan harga yang bersesuaian seperti di kafe – kafe lain dalam UMT. Ramai para pelajar merungut terhadap perkara ini kerana membebankan mereka terutama di penghujung semester.
Keputusannya: Dato’ NC tak benarkan mereka berniaga jika tidak mahu bekerjasama selepas diberitahu sekali lagi
Isu parkir berpusat pelajar (isu penting bagi kami sebagai student)
1. Kami mohon jasa baik Y. Bhg. Dato’ untuk menangguhkan penguatkuasaan parkir berpusat pelajar. Hal ini kerana keadaan parkir yang dipusatkan kepada pelajar menyekat pergerakan pelajar dalam bidang akademik. Realitinya parkir sedia ada tidak mencukupi untuk menampung jumlah kenderaan pelajar di kwasan tersebut.
2. Mewujudkan ketidakharmonian dalam kampus apabila pelajar merasakan terdapat ruang parkir yang memberi kelebihan kepada pihak staf berbanding pelajar meskipun bilangan pelajar UMT lebih banyak berbanding staf UMT. (pengasingan pelajar dan staf dalam komuniti universiti)
Cadangan kami,
1. Tambah jumlah parkir berpusat di kawasan fakulti FST dan FMSM atau mempersiapkan terlebih dahulu bangunan yang sedang dibina di sekitar kampus.
2. Menyediakan susur gajah sepanjang laluan pelajar dari parkir berpusat ke kompleks kuliah.
3. Menyediakan pengangkutan bas secara berkala dalam kampus bagi mengurangkan penggunaan kenderaan dalam kalangan pelajar di kampus.
4. Liberalisasi kawasan parkir. Wujudkan tapak Parkir Berpusat sahaja.
Keputusannya: Dato’ NC menerima keputusan kita semua iaitu tidak mahu melaksanakan perkara ini kerana tidak sesuai dilaksanakan lagi kerana tiada persediaan yang mencukupi. Pelajar boleh parkir seperti biasa tapi secara berhemah dengan mghormati hak orang lain selaras dengan keintelektualan kita sebagai mahasiswa, harap kita semua juga dapat bersatu lagi selepas ini.
Isu pengangkutan bas UMT.
1. Tempahan bas UMT tidak dapat dipenuhi walaupun kertas kerja aktiviti telah diluluskan.
Cadangan kami,
1. Kami sedia maklum tentang kekurangan bas dalam UMT. Namun demikian, kami mencadangkan supaya pengurus bas UMT dapat menyewa syarikat bas luar untuk menampung jumlah bas UMT. Ini kerana, kebiasaan program aktiviti luar yang telah diluluskan, kami mempunyai persetujuan dengan masyarakat luar untuk melaksanakan program di kampung dan tempat mereka. Apabila bas tidak dapat pada tarikh tersebut menyebabkan kami terpaksa menunda kepada tarikh yang lain tanpa sebab yang munasabah. Hal ini telah menjatuhkan imej program kami serta nama UMT terhadap perspektif luar.
Keputusannya: cadangan di atas diterima dan beliau nak pastikan perkara ini berjalan lancar iaitu kalau tak cukup bas, pengusaha bas kena sewa bas luar utuk program.
Isu pintu pagar dalam UMT.
1. Pintu pagar pos utara dan pos selatan hanya dibuka kepada pejalan kaki dan basikal sahaja.
Cadangan kami,
1. Membuka pintu pagar kepada semua kenderaan termasuk pelajar dan staf daripada pukul 7.00 pagi hingga 6.00 malam. Ini kerana para pelajar mempunyai kelas sehingga lewat malam.
Keputusannya: pintu pagar akan dibuka untuk motosikal juga bukan untuk jalan kaki dan basikal sahaja.
Isu kekurangan jumlah pengawal keselamatan
1. Memandangkan jumlah pengawal di UMT hanya mempunyai seramai 43 orang sahaja untuk menjaga keselamatan para pelajar dan staf yang berjumlah lebih 7000 orang adalah tidak memadai (1: 163). Jumlah pengawal UMT adalah paling sedikit berbanding dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA) yang mempunyai jumlah pengawal keselamatan seramai 96 orang berbanding 6000 orang pelajar (1:62) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang mempunyai jumlah keselamatan hampir 56 orang berbanding 2000 orang pelajar (1: 35).
2. Pengawal keselamatan UMT tidak mempunyai kualiti bekerja kerana terpaksa bekerja melebihi masa iaitu sehingga 12 jam dalam satu hari. Hal ini telah menyebabkan pengawal penat dan tidur yang menjejaskan kestabilan emosi semasa bertugas.
Cadangan kami,
1. Menambah jumlah pengawal keselamatan kepada yang lebih banyak lagi bagi menjamin kualiti keselamatan universiti kita.
2. Mengurangkan jurang nisbah pengawal keselamatan dan jumlah pelajar.
Keputusannya: pihak universiti tak boleh buat apa2 sb JPA tak buka kuota untuk ini, jadi kami di pihak MPP akan hantar surat kpd kementerian untuk buka kuota ini, InsyaAllah)
Tuesday, 22 November 2011
Kolam Renang UMT Mula Beroperasi
Assalammualaikum dan salam perpaduan.
Alhamdullilah, kolam renang UMT telah secara rasmi dapat digunakan secara berkala oleh semua mahasiswa UMT. Namun, diharapkan semua mahasiswa UMT dapat menjaga tatasusila dan juga peraturan dikolam tersebut. Gunakanlah kemudahan tersebut sebaiknya dan secara berintelektual.
Makluman kepada yang belum tahu berkenaan jadual penggunaan kolam renang dan peraturannya.
Bagi aktiviti riadah:
Masa : 5.00 - 7.00 petang
Hari mengikut jantina :
Wanita - Ahad, Selasa, Khamis & Jumaat (4 sesi seminggu)
Lelaki - Isnin, Rabu & Sabtu (3 sesi seminggu)
*Pembahagian bilangan hari mengikut nisbah pelajar(semasa)
Pakaian : *sila rujuk gambar di bawah atau pakaian seperti yang dipakai
Oleh Kadet Palapes@pelajar sains nautika(pengguna semasa)
*Kaunter tempahan penggunaan dibuka di kolam renang setiap hari dengan menggunaan borang khas dari pukul 5.00 - 7.00 petang.hanya 40 orang yang terawal boleh menggunakan kolam renang bagi setiap sesi.tiada bayaran dikenakan
*Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa berdasarkan arahan pihak pengurusan Pusat Sukan & Rekreasi
*Untuk maklumat lanjut,sila rujuk papan kenyataan di dewan badminton atau hubungi En. Shahrizan(pegawai belia & Sukan) di talian 019-9840789
PENCETUS PERUBAHAN KEARAH KEGEMILANGAN
Yang Menjalankan Tugas,
Yang Menjalankan Tugas,
Mohamad Aniq Azri bin Zailan
Exco Sukan dan Rekreasi
019-6265617
Monday, 21 November 2011
Isu Pintu Pagar Kawalan Post Utara
Pertemuaan dengan beberapa pelajar yang mendiami kawasana luar kampus berdekatan dengan pagar pos kawalan utara telah dilakukan. Pertemuan singkat bersama pihak Unit Keselamatan seperti yang telah dijanjikan telah memberi sedikit sebanyak jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah pintu pagar belakang. Menurut Penolong Pengawai Keselamatan, En.Muhammad Bin Daud, tentang pintu pagar itu sememangnya mereka ingin membukanya, namun gara-gara ketidakcukupan pegawal keselamatan di kawasan itu, maka terpaksa menyebabkan mereka membukanya. Pada jam 8.00-8.30 pagi dan 5.00- 5.00 petang, ada pengawal di kawasan tersebut kerana pada waktu itu adalah waktu puncak bukan kerana staf dan sebagainya.Ada juga pelajar terlihat pengawal di situ pada waktu-waktu selain waktu tersebut, hal itu kerana mereka tiada tempat berehat dan bersolat, maka tempat itu sahajalah tempat rehat sementara mereka.
Kami suarakan juga tentang pelajar-pelajar yang mahu ke kelas atau makmal pada waktu malam, mereka terpaksa bergerak jauh dan sebagainya. Segala luahan dan aduan pelajar telah diadukan kepada pihak unit keselamatan secara Fact & figure, mereka juga menyokong jika pertambahan bilanga pengawal dilakukan meskipun terdapat kengkangan bajet di Bendahari. Mereka juga sedar bahawa pertemuan itu bukanlah yang terakhir, MPP berhasrat untuk terus ke pihak atasan Naib Cancelor atau Timbalan Naib Cancelor untuk mengatasi masalah ini berikutan perlu memperjuangkan bilangan pengawal disitu dan memastikan kelulusan secepat mungkin. Pembukaan pagar akan MPP maklum kelak..
MPPTV berkenaan isu ini akan dipublish pada 22 November 2011
Kami suarakan juga tentang pelajar-pelajar yang mahu ke kelas atau makmal pada waktu malam, mereka terpaksa bergerak jauh dan sebagainya. Segala luahan dan aduan pelajar telah diadukan kepada pihak unit keselamatan secara Fact & figure, mereka juga menyokong jika pertambahan bilanga pengawal dilakukan meskipun terdapat kengkangan bajet di Bendahari. Mereka juga sedar bahawa pertemuan itu bukanlah yang terakhir, MPP berhasrat untuk terus ke pihak atasan Naib Cancelor atau Timbalan Naib Cancelor untuk mengatasi masalah ini berikutan perlu memperjuangkan bilangan pengawal disitu dan memastikan kelulusan secepat mungkin. Pembukaan pagar akan MPP maklum kelak..
MPPTV berkenaan isu ini akan dipublish pada 22 November 2011
Sunday, 30 October 2011
MPP Jawab: Prosedur memanggil wartawan luar
Soalan Mahasiswa:
Bagaimana prosedur untuk saya memanggil wartawan luar?
Jawapan MPP:
Anda boleh meminta bantuan Pejabat Korporat UMT atau terus direct contact wartawan2 tersebut. Jika meminta bantuan korporat, anda tulis surat permohonan bantuan mendapatkan wartawan luar untuk membuat liputan, kemudian lampirkan sekali tentatif program dan email proposal anda dan yg berkaitan kpd pegawai Korporat UMT yg berkaitan..
Bagaimana prosedur untuk saya memanggil wartawan luar?
Jawapan MPP:
Anda boleh meminta bantuan Pejabat Korporat UMT atau terus direct contact wartawan2 tersebut. Jika meminta bantuan korporat, anda tulis surat permohonan bantuan mendapatkan wartawan luar untuk membuat liputan, kemudian lampirkan sekali tentatif program dan email proposal anda dan yg berkaitan kpd pegawai Korporat UMT yg berkaitan..
MPP Jawab: Software Video dan Gambar Kreatif
Soalan Mahasiswa UMT:
Boleh gitau apa nama software yang digunakan untuk design video kreatif dan picture kreatif yang dipraktikkan oleh MPP..
Jawapan MPP:
Kami menggunakan 8 jenis software bergantung kepada keperluan. Exco MPP yg berkaitan WAJIB memiliki kemahiran mengendalikan software ni..
Adobe Photoshop (Design Picture)
Macromedia Fireworks (Design Picture)
Macromedia Flash (Design Video)
Adobe Premier pro (Design Video)
Adobe After Effect (Design Video)
Movie Maker (Design Video)
Autocad (Incase perlu design 3D)
Cartia (Incase perlu design 3D)
Saturday, 30 July 2011
FORUM DIALOG MPP 11/12 BERSAMA PELAJAR DIPLOMA PERIKANAN
LAPORAN FORUM MPP 11/12 BERSAMA PELAJAR DIPLOMA PERIKANAN
“PEMIKIRAN MAHASISWA KE ARAH MINDA KELAS PERTAMA”
Tarikh : 29 JULAI 2010
Masa :9.00 MALAM
Tempat : KAFETERIA SHEIKH ABDUL MALIK
Jumlah ahli yang hadir : 50 ORANG
1. Ucapan Speaker Dewan
Speaker dewan mengucapkan salam sejahtera dan terima kasih di atas kehadiran semua ahli yang hadir.
2. Menerima dan meluluskan usul mahasiswa yang dipilih
Mesyuarat telah bersetuju menerima dan meluluskan forum yang telah dipilih iaitu sebanyak 19 usul.
3. Perbincangan usul-usul
NO | USUL | TUNTUTAN | STATUS |
1. | KUCING SEMAKIN BANYAK DI KAWASAN KAFETERIA DAN ASRAMA |
(Chai Peg Kee, UK 23036)
- Mewujudkan Taman Kucing - Menangkap sendiri (Mohd. Fazirullah b. Abd. Majid, UK 24536) | Tuntutan menangkap sendiri kucing yang berkenaan diterima dengan undian sebanyak 10/17 |
2. | PEMASANGAN WIFI DI BILIK ASRAMA UNTUK KEMUDAHAN SEMUA | i. Disediakan wi-fi di setiap blok secara percuma ( Mohd Shahrizan bin Hussin, UK 22325) | Tuntutan menyediakan wi-fi di setiap blok secara percuma tidak diterima kerana perlu kos pemasangan yang akn diserapkan di dalam yuran |
3. | LAMPU DI JALAN BIAWAK TIDAK DAPAT MEMBERI PENCAHAYAAN YANG BAIK PADA WAKTU MALAM KERANA LAMPU TERSEBUT BERADA DI ATAS BUMBUNG | i. Lampu ditambah di jalan biawak (Ahmad Faiezian bin Salleh, UK 21990) ii. Dipasang di bawah bumbung dengan segera (Nur Hanisah binti Misman, UK 24297) iii. Konsep pantulan cahaya (Noor Mutmainnah bt Johar, UK 24568) iv. Menyimpan semula alatan selepas digunakan (MPP) v. Bumbung ditukar kepada bumbung lutsinar (GPMS) vi. Status ditanya kepada kontraktor (Pemerhati) | Tuntutan status ditanya kepada kontraktor dan dipasang di bawah bumbung dengan segera diterima dengan undi sebanyak 16/17 dan 13/17 |
4. | PENGANGKUTAN BAS DIWUJUDKAN UNTUK PARA PELAJAR KE BANDAR TERUTAMANYA PADA HUJUNG MINGGU | i. Jumaat dan Sabtu disediakan bas untuk pelajar (Mohd. Safwan bin Arbangi, UK 24600) ii. Usul tidak dibincangkan ( Mohd. Shahrizan Hussin, UK 22325) | Tuntutan usul tidak dibincangkan diterima. |
5. | SEGALA ADUAN MESTILAH DI DENGAR DAN DISELESAIKAN DENGAN SEBAIKNYA | -Usul tidak dibahaskan | |
6. | PELAJAR LELAKI TIDAK SEPATUTNYA BERADA DI ASRAMA PEREMPUAN | i. Kuatkuasakan papan tanda sedia ada (Wan Nurshamimi Wan Ab Ghani, UK 24519) ii. Perlu laluan digunakan pada waktu petang sahaja ( Nor Kholilah bt Masturi, UK 23183) iii. Dapat menggunakan laluan pada bila-bila masa sahaja ( Nor Hazirah bt Rabuan, UK 24563) iv. Pelajar, MKK dan MPP saling bertegur ( Pemerhati) v. Kuatkuasakan saman bagi pasangan yang mencurigakan ( MPP) vi. Kaji semula papan tanda (Pemerhati) vii. Melaksanakan ‘Kempen Kesedaran Integriti” (Pemerhati) | Tuntutan iv iaitu pelajar, MKK, dan MPP saling bertegur diterima dengan undian sebanyak 15/17 |
7. | KUATKUASAKAN PERATURAN UNIVERSITI SEJAJAR DENGAN UNDAN2 ISLAM DALAM MEMBINA INSAN SEPERTI YANG TERCATAT DALAM VISI DAN MISI UMT | i. Kuatkuasakan undang-undang melalui akhlak (Noor Mutmainnah Johar, UK 24568) ii. Mencegah pasangan yang mencurigakan ( Mohd. Fazirullah Abd. Majid, UK 24536) iii. Hantar ke Kursus Pemulihan Akhlak (MPP) | Tuntutan mencegah pasangan yang mencurigakan diterima dengan undian sebanyak 16/17 |
8. | ATM DI KAWASAN KOLEJ KEDIAMAN | -Usul tidak dibahaskan | |
9. | BAS UNTUK KE KELAS UNTUK PELAJAR LUAR ASRAMA | -Usul tidak dibahaskan | |
10. | PARKING KERETA UNTUK PELAJAR YANG BERDEKATAN DENGAN ASRAMA | -Usul tidak dibahaskan | |
11. | HARGA MAKANAN MAHAL | -Usul tidak dibahaskan | |
12. | PEMASANGAN PAGAR UNTUK MEMISAHKAN BLOK LELAKI DAN PEREMPUAN | -Usul tidak dibahaskan | |
13. | PENGGUNAAN MERIT DALAM AKTIVITI BAGI MENGGANTIKAN KUPON | i. Penggunaan sistem merit dipercepatkan sebelum kemasukan pelajar baru ( Ahmad Anwar Sauqie, UK 23507) ii. Kupon tidak relevan dan penggunaan sistem merit dilambatkan kerana melibatkan kajian (MPP) iii. Selalu kemaskini dengan pihak atasan berkenaan penggunaan sistem merit (REVOF) iv. Desakan untuk membina asrama baru (Pemerhati) | Tuntutan kupon tidak relevan dan penggunaan sistem merit dilambatkan keranan melibatkan kajian diterima dengan undian sebanyak 14/17 |
14. | STAF DAN PELAJAR MEROKOK DALAM KAMPUS | -Usul tidak dibahaskan | |
15. | KEMUDAHAN DIGUNAKAN OLEH STAF | -Usul tidak dibahaskan | |
16. | PENGURUSAN STAF UMT YANG LEMAH | -Usul tidak dibahaskan | |
17. | PENGOPERASIAN BILIK TV | -Usul tidak dibahaskan | |
18. | KOKURIKULUM DIGANTIKAN PADA HARI LAIN SELAIN HARI SABTU | -Usul tidak dibahaskan | |
19. | KENAPA PELAJAR YANG DAPAT ASRAMA DIMINTA KELUAR DISEBABKAN PELAJAR BARU MASUK | i. Mencari penginapan alternatif bagi pelajar yang mendapat asrama (MPP) ii. - Buka semula Jembal INN (Ahmad Anwar Sauqie, Uk 23507) iii. Menukar daripada blok ATB ke B1 (MPP) iv. Mengkaji semula pengambilan pelajar ke asrama (MKK) v. Mendesak pihak akademik untuk tidak meningkatkan tawaran pelajar baru (Pemerhati) vi. Mewujudkan katil double decker di blok B1 dan B2 (Pemerhati) vii. Penyelenggaraan semula Jembal Inn (Pemerhati) viii. Blok B1 dan B2 untuk pelajar lelaki ( Ahmad Anwar Sauqie, Uk 23507) | Tuntutan i, v, dan viii diterima dengan jumlah undi sebanyak 9/17, 14/17, dan 11/17 |
4. Usul tergempar
Dalam mesyuarat kali ini perkara-perkara berbangkit seperti berikut:
a. Usul 13 : Penggunaan Sistem Merit dalam aktiviti bagi menggantikan kupon
b. Usul 19 : Kenapa pelajar yang mendapat asrama diminta keluar disebabkan pelajar baru masuk?
5. Penangguhan
Mesyuarat Agung ditangguhkan pada jam 12.30 tengah malam dengan ucapan terima kasih daripada Speaker Dewan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
















