Monday 23 July 2012

Kaedah mendapatkan nombor pejabat setiap staf di UMT

Kaedah mendapatkan nombor pejabat setiap staf di UMT..


1. mula taip http://www.umt.edu.my/v9/.
2. Klik button "warga UMT: kemudian klik "Direktori Staf"
3. Klik button "Direktori staf" yang berwarna oren disebelah kanan
4. Pilih PTJ sebagai contoh "pejabat bendahari"
5. So anda boleh pilih nombor staf yang dikehendaki

Gud Luck

RAKAMAN RTM SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI




Assalammualaikum dan salam Ramadhan.


Pada 24 Julai bersamaan dengan hari selasa, RTM TV1 dan TV2 akan menjalankan rakaman sempena Hari Raya Aidilfitri. Justeru itu saya memerlukan 13 orang untuk menjadi "talent" pada hari tersebut. Jika berminat, sila SMS nama, no matrik, no ic ke 012-8622360. 

Syarat2:
1. berperwatakan menarik
2. Berada di UMT
3. Mempunyai pakaian hari raya seperti baju kurung dan baju melayu lengkap

Rakaman ini akan disiarkan pada hari raya kelak. Terima Kasih

Exco Penerbitan Penerangan dan Publisiti
MPP UMT (Caretaker)

Rumah Sewa Jembal Inn Kembali!



JEMBAL INN KEMBALI!!!
KOSISWA UMT telah mengembalikan JEMBAL INN untuk pelajar UMT menyewa (diswastakan).


terbuka kepada pelajar perempuan sahaja
boleh memuatkan 300 pelajar
sebilik 2 pelajar(dulu 4 pelajar)
hanya RM120 (termasuk air,elektrik dan WIFI)
dikawal oleh pengawal keselamatan dan dijamin keselamatan
kemudahan: katil,meja study,almari dll
hanya 5 minit sahaja daripada UMT
berdekatan dengan 7 elevan, kedai makan Damak Restaurant, Mini Pos UMT.

CEPAT2!
sebarang pertanyaan/utk menyewa boleh terus call afizan MPP ( Mohamad Afizan) di talian 0145080683

Oleh: Bakyah Jabar

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa tahun 2012 bagi Kuala Terengganu

Sila klik untuk paparan yang lebih jelas

Monday 2 July 2012

MPP UMT 2011/2012 di Media Massa

TELEVISYEN









RADIO






NEWSPAPER/ SURAT KHABAR






























Dewan Perundingan Mahasiswa (DPM) UMT





PARLIMEN MAHASISWA,  ADAKAH PERBUALAN KOSONG MPP?
UMT MENGGUNAKAN NAMA “DEWAN PERUNDINGAN MAHASISWA” (DPM).

Alhamdulillah pada 2hb jun 2012, UMT telah mencipta satu sejarah baru dalam kepimpinan mahasiswa dan seluruh warga UMT amnya. Parlimen Mahasiswa .  yang dikenali sebagai Dewan Perundingan Mahasiswa (DPM) telah diwujudkan di UMT. Dengan ini, saya ingin menegaskan, DPM bukan lagi omong-omongan kosong dan ia telah dibuktikan secara rasmi oleh NAIB CANSELOR UMT iaitu yang berbahagia prof Dato’ Ibrahim bin Komoo .

Saya melihat salah satu punca kelembapan jalan penyelesaian isu-isu kampus dan keintelektualan mahasiswa adalah berpunca daripada penyaluran maklumat yang tidak tepat dan sampai kepada mahasiswa. Ia juga melibatkan perselisihan dalam kalangan mahasiswa dan pihak pengurusan universiti. Justeru, idea merealisasikan Parlimen Mahasiswa amat dialu-alukan oleh pihak universiti. Saya kagum dengan keterbukaan semua MPP dalam menerima kritikan membina dalam kalangan mahasiswa dan pihak universiti yang mahukan anjakan dalam kepimpinan yang bercorak baru.

Antara kelebihan DPM adalah sebagai  medium tempat pelajar mengutarakan usul yang perlu dibangkitkan demi menjaga hak dan kebajikan mahasiswa. Usul ini akan dibahaskan di dalam DPM, dan tuntutan yang diterima dewan akan dilaksanakan oleh MPP mengikut portfolio masing-masing.

Selagi mana pihak UMT menerima, mendengar, dan cakna terhadap suara mahasiswa serta mengiktiraf DPM ini selaras dengan kesesuaian dan keperluan yang sedia ada di UMT. Para mahasiswa UMT tidak akan menimbulkan aktiviti-aktiviti luar kawalan seperti perhimpunan haram dan sebagainya.

1.       Ahli DPM terdiri daripada 40 orang ahli yang diwakili oleh MPP, majlis kolej kediaman (mkk), jawatankuasa pelajar luar kampus (jplk), majlis akademik pelajar (MAP), majlis sukan pelajar (msp), angkatan anak seni (akasia), kelab sosial, kelab eksekutif, dan wakil daripada jawatankuasa penilai usul (jpu).

2.       Dalam jumlah 40 orang ahli dewan, ini telah termasuk jumlah  seorang speaker dewan, seorang timbalan speaker dewan dan seorang setia usaha dewan.

3.       Parlimen mahasiswa yang pertama kali telah dilaksanakan oleh USM. UMT merupakan universiti kedua se-Malaysia yang mewujudkan parlimen mahasiswa ini. Secara langsung UMT juga merupakan universiti pertama di pantai timur.

HARAPAN SAYA, DPM UMT akan menjadi tapak yang kukuh kepada kepimpinan akan datang bagi meneruskan dan melaksanakan ke peringkat yang lebih tinggi seperti DPM IPT pantai timur. DPM UMT juga bersedia menjadi satu tempat rujukan tentang penubuhan dan idea serta sokongan kepada seluruh universiti yang lain untuk menubuhkan di universiti masing-masing terutamanya IPT pantai timur.

MOHAMAD AFIZAN BIN GHAZALI
NAIB PRESIDEN 2, EXCO KESIHATAN, KEMUDAHAN DAN KESELAMATAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UMT