Monday, 2 July 2012
Dewan Perundingan Mahasiswa (DPM) UMT
PARLIMEN MAHASISWA, ADAKAH PERBUALAN KOSONG MPP?
UMT MENGGUNAKAN NAMA “DEWAN PERUNDINGAN MAHASISWA” (DPM).
Alhamdulillah pada 2hb jun 2012, UMT telah mencipta satu sejarah baru dalam kepimpinan mahasiswa dan seluruh warga UMT amnya. Parlimen Mahasiswa . yang dikenali sebagai Dewan Perundingan Mahasiswa (DPM) telah diwujudkan di UMT. Dengan ini, saya ingin menegaskan, DPM bukan lagi omong-omongan kosong dan ia telah dibuktikan secara rasmi oleh NAIB CANSELOR UMT iaitu yang berbahagia prof Dato’ Ibrahim bin Komoo .
Saya melihat salah satu punca kelembapan jalan penyelesaian isu-isu kampus dan keintelektualan mahasiswa adalah berpunca daripada penyaluran maklumat yang tidak tepat dan sampai kepada mahasiswa. Ia juga melibatkan perselisihan dalam kalangan mahasiswa dan pihak pengurusan universiti. Justeru, idea merealisasikan Parlimen Mahasiswa amat dialu-alukan oleh pihak universiti. Saya kagum dengan keterbukaan semua MPP dalam menerima kritikan membina dalam kalangan mahasiswa dan pihak universiti yang mahukan anjakan dalam kepimpinan yang bercorak baru.
Antara kelebihan DPM adalah sebagai medium tempat pelajar mengutarakan usul yang perlu dibangkitkan demi menjaga hak dan kebajikan mahasiswa. Usul ini akan dibahaskan di dalam DPM, dan tuntutan yang diterima dewan akan dilaksanakan oleh MPP mengikut portfolio masing-masing.
Selagi mana pihak UMT menerima, mendengar, dan cakna terhadap suara mahasiswa serta mengiktiraf DPM ini selaras dengan kesesuaian dan keperluan yang sedia ada di UMT. Para mahasiswa UMT tidak akan menimbulkan aktiviti-aktiviti luar kawalan seperti perhimpunan haram dan sebagainya.
1. Ahli DPM terdiri daripada 40 orang ahli yang diwakili oleh MPP, majlis kolej kediaman (mkk), jawatankuasa pelajar luar kampus (jplk), majlis akademik pelajar (MAP), majlis sukan pelajar (msp), angkatan anak seni (akasia), kelab sosial, kelab eksekutif, dan wakil daripada jawatankuasa penilai usul (jpu).
2. Dalam jumlah 40 orang ahli dewan, ini telah termasuk jumlah seorang speaker dewan, seorang timbalan speaker dewan dan seorang setia usaha dewan.
3. Parlimen mahasiswa yang pertama kali telah dilaksanakan oleh USM. UMT merupakan universiti kedua se-Malaysia yang mewujudkan parlimen mahasiswa ini. Secara langsung UMT juga merupakan universiti pertama di pantai timur.
HARAPAN SAYA, DPM UMT akan menjadi tapak yang kukuh kepada kepimpinan akan datang bagi meneruskan dan melaksanakan ke peringkat yang lebih tinggi seperti DPM IPT pantai timur. DPM UMT juga bersedia menjadi satu tempat rujukan tentang penubuhan dan idea serta sokongan kepada seluruh universiti yang lain untuk menubuhkan di universiti masing-masing terutamanya IPT pantai timur.
MOHAMAD AFIZAN BIN GHAZALI
NAIB PRESIDEN 2, EXCO KESIHATAN, KEMUDAHAN DAN KESELAMATAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UMT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment