Thursday 30 June 2011

MPP jelas Isu Bas

MPP telah menemui pegawai Pejabat Pendaftar bahagian Kenderaan En Muizzuddin bin Suhaimi, Pembantu Tadbir (P/O) bagi mendapatkan maklumat mengenai penggunaan bas di UMT

Universiti Malaysia Terengganu mempunyai 12 buah bas. Pecahan bas adalah seperti berikut :
Bas Panjang        : 9 buah
Bas Pendek        : 2 buah
Bas 2 Tingkat      : 1 buah
Status Bas di bengkel : hanya 10 buah bas yang boleh digunakan setakat tarikh 29/06/2011
Bas Panjang        : 1 buah dijangka siap bulan Sepetember 2011
Bas pendek        : 1 buah baru 2 minggu dari tarikh 29/06/2011 masuk bengkel

Hanya duit Tol Lebuhraya  sahaja yang akan dikenakan pada pelajar. MPP mengemukakan isu duit minyak. Tetapi dinafikan oleh pegwai terbabit. Sekiranya wujud isu ini sila buat laporan terus kepada MPP untuk tindakan kami. Sebelum ini terdapat kes dimana kad minyak diblock dan tidak berfungsi yang menyebabkan pemandu berkongsi menggunakan duit pelajar. Tetapi duit telah dikembalikan.

Prosedur  menghantar borang perlu diikut bagi mengelak pertikaian yang meragukan adlah seperti berikut :
14 hari bagi penggunaan bas. 7 hari bagi kenderaan ringan. Borang boleh didapati di http://www.umt.edu.my/fmsm/jsm/e-form.html Atau didapati di Pejabat MPP.

Menjawab beberapa isu bas yang terkini 
Berikut adalah jadual perjalanan bas dari 18hb Jun 2011 – 10 Julai 2011
Bas Panjang
21-26 hb                               NRIC USM           x1                         
25 hb Jun – 10 hb Julai    Pentauliahan PALAPES UTHM    x1
21-27 hb                               NIRA (SIFE)         x1
24-30 hb                               MASUM Fasa II x2
18-25 hb                               MASUM Fasa I  x5
Bas pendek
21-27 hb                               MASUM KAYAK x1
Bas 2 Tingkat
25 hb                                     Pentauliahan SUKSIS  UTM          x1

Pihak MPP dimaklumkan bahawa permohonan dibuat adalah banyak dan saling bertindih. Yang didahulukan adalah yang menghantar borang terlebih dahulu.

Bagi kes terkini, MPP telah dimaklumkan bahawa pegawai /pelajar program terbabit lambat membuat permohonan. 

MPP berharap segala masalah yang dihadapi perlulah dimaklumkan kepada MPP dengan segera. Kami akan mencari jalan penyelesaian. tetapi kami perlukan butiran terperinci setiap permasalahan yang berlaku.

Presiden MPP
sesi 2011/2012
29/6/2011