Sunday, 15 January 2012

Kemelut Banner Disuarakan Di Hadapan TNC

Isu BANNER yang pernah di tuliskan pada artikel yang lepas.
Sila KLIK SINI untuk mengetahui isu ini.
Banner yang telah menggunakan nama perwakilan pelajar UMT

Pertemuan MPP bersama Prof. Dr. Yahaya Bin Ibrahim 
Jam :4.00 petang
Hari : Selasa
Tarikh: 15 Januari 2012

Antara isu yang telah diperbincangkan adalah berkaitan Banner 'Kami Benci Demo, Kami Sayang UMT, UMT Dihati ku' yang telah digantung mengunakan nama perwakilan dan Badan-badan Kelab Pelajar tanpa kebenaran atau pemberitahuan.Antara perbincangan secara langsung adalah:
  1. Penjelasan barisan MPP atas tindakan penurunan banner tersebut secara drastik tanpa perbincangan dengan pihak HEPA pada hari kejadian 
  2. Penjelasan daripada pihak TNC HEPA, Prof Dr. Yahaya Bin Ibrahim berkaitan penggunaan nama MPP dan Badan-Badan Pelajar
  3. Penjelasan tentang kedatangan Presiden MPP ke HEPA yang tidak disenangi atas sebab dikatakan biadap dan beremosi.
Bagi isu :- 




1. Penjelasan barisan MPP atas tindakan penurunan banner tersebut secara drastik tanpa perbincangan dengan pihak HEPA pada hari kejadian 


  • Barisan MPP memaklumkan kepada TNC tentang tindakan menaikan banner tanpa pemberitahuan  adalah mendukacitakan keseluruhan perwakilan dan badan-badan pelajar.

  • MPP merasakan penurunan banner tersebut adalah tindakan wajar kerana bukan hanya untuk menunjukkan protes semata-mata, namun kerana di banner terbabit adalah melibatkan nama perwakilan  yang dimana kami berhak untuk menurunkan banner tersebut sebelum timbul satu salah faham antara pelajar dan perwakilan.

  • Kami percaya apabila pihak pengurusan UMT memberikan kepercayaan kepada mahasiswa, maka ia dapat mempercepatkan kematangan sahsiah dan dapat memberikan manfaat pembangunan intelektualan mahasiswa selagi mana mahasiswa tahu bahawa pihak pengurusan tidak melibatkan politik luar dalam kampus.

  • Malahan, barisan MPP juga berpendirian bahawa kepercayaan kepada mahasiswa UMT harus diberikan dalam membentuk mahasiswa minda kelas pertama yang mengutamakan perjuangan secara rasional bukan radikal, hikmah bukan fitnah, mendidik bukan mengherdik atau pengemar kuasa jalanan semata-mata namun demostrasi adalah jalan terakhir sekiranya segala pendekatan demokrasi dan diplomasi tidak dapat berjalan dengan jayanya


2.  Penjelasan daripada pihak TNC HEPA, Prof Dr. Yahaya Bin Ibrahim berkaitan penggunaan nama MPP dan Badan-Badan Pelajar


  • TNC HEPA memaklumkan bahawa sebenarnya beliau tidak berniat untuk menidakkan hak perwakilan malah beliau sentiasa mengutamakan suara mahasiswa melebihi segalanya.

  • Namun, ada beberapa salah paham antara beliau dan pihak staf yang membuat persiapan banner dimana beliau sememangnya mahukan banner dikeluarkan atas makluman MPP.

  • Beliau juga mahu  sekiranya banner itu dikeluarkan seperti sediakala tanpa sebarang nama yang yang berkaitan.

  • Beliau dilihat boleh menerima pendirian MPP tentang erti demostrasi pada mahasiswa dan tentang penurunan Banner terbabit.

3.  Penjelasan tentang kedatangan Presiden MPP ke HEPA yang tidak disenangi atas sebab dikatakan biadap dan beremosi.

  • TNC HEPA memaklumkan bahawa isu Saudara Presiden MPP yang hadir ke Pejabat HEPA tidak disenangi beberapa pihak.


  • Namun, MPP memberitahu tentang situasi sebenar yang di mana kebetulan saya ada ditempat kejadian. Ia tidak sama seperti yang digambarkan walaupun sememangnya ada babak emosi panas ketika itu kerana ia melibatkan maruah dan kepercayaan MPP kepada pihak Universiti dan juga kepercayaan mahasiswa kepada MPP.

  • MPP juga maklumkan pada TNC, Saudara Sufi dan MPP yang turut serta telah memohon maaf secara terbuka pada hari kejadian atas sedikit ketegangan pada waktu tersebut.

  • Tentang video pula, MPP telah maklumkan ia adalah hak mahasiswa, terpulang kepada mahasiswa terbabit untuk menguploadkan dimana. MPP cuma bertindak pada waktu kejadian secara spontan bukan sengaja direka untuk melibatkan pihak luar atau mana-mana parti politik..


Sesungguhnya, pertemuan selama 1 jam ini bukanlah satu pendekatan yang MPP katakan 'selesai segalanya' , namun ini adalah antara pendekatan kepimpinan kami yang tetap mengutamakan diplomasi, semahunya menyelesaikan secara harmonis dan tidak mahu menjatuhkan mana-mana pihak tetapi sama-sama memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada demi masa depan mahasiswa dan UMT keseluruhannya.


Kami juga berharap perbincangan dua hala seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan kerana mahasiswa generasi hari ini mempunyai ideal dan pengharapan yang amat kompleks dan bervariasi antara kita. Sebahagian daripada kita mempunyai perasaan ketidakpuasan, ketidakperluan dan ketidaklibatan yang sebenarnya mencerminkan kelemahan demokrasi moden dan kegagalan pihak pentadbiran mengintegrasikan mahsiswa dalam arus perdana masyarakat dan negara.

Konklusinya, saya dan MPP keseluruhannya, tetap berterusan memperjuangkan hak mahasiswa dan  tidak mahu pihak pengurusan UMT melakukan ‘double-standard’ atau tidak adil kepada mahasiswa terutama badan-badan pelajar yang telah diiktiraf kerana kita mahu menghakupayakan mahasiswa agar dapat mengoptimumkan potensi keintektualan dan integriti mahasiswa UMT secara menyeluruh dan holistik.



    Yang Bersuara Atas Kebenaran
    Norzulaiqha Binti Zulkifli
    Timbalan Presiden
    Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012
    Universiti Malaysia Terengganu


    No comments: