Salam Transformasi UMT..
Dalam melalui cuti-cuti semester bagi seluruh mahasiswa IPTA. Saya terpanggil utk menulis disini bagi mengelakkan kekeliruan yang muncul akibat kelahiran blog tertentu yang meragui ketulusan BMU.
Saya Norzulaiqha mewakili barisan MPP bersama mahasiswa sekalian, percayalah...Dan sesungguhnya menjunjung suara MAHASISWA UMT secara keseluruhannya.
Blog di laman web bukanlah satu medan UTAMA untuk anda semua sebagai mahasiswa menjadikan satu rujukan, namun terima kasih kerana anda semua berjaya untuk men'ekspresikan' kekeliruan tersebut di BMU.
Sesungguhnya kebebasan bersuara di BMU sememangnya dititikberatkan sejak awal kemunculan BMU ini. Apalah makna kami buat BMU jika tidak mahu student bersuara. Telah lama kami bukak BMU ni. Sejak bulan March tahun 2011 lagi. Dah nak masuk 1 tahun dah. Bukan untuk kami tapi untuk anda semua.
Pada awalnya, fake profile tidak menjadi isu besar, namun makin lama, kami nampak kesan apabila membiarkan fake profile makin bertambah di BMU. Hingga ada tahap tidak terkawal. Ada yang sampai menyebarkan link porno di BMU, ada yang bergaduh2 dgn fake profile dan paling merisaukan MPP apabila ianya mula menganggugugat keharmonian mahasiswa dan kadangkala tidak menjadikan BMU tempat untuk melontarkan pendapat sebaliknya lebih kepada tempat mengadu domba dan mencemuh keperibadian secara individu ataupun organisasi. Adakah itu yang anda mahukan?? Sehingga ada mahasiswa di BMU meragui kegunaan BMU dan juga kepekaan admin di BMU yang seperti membiarkan fake profile ini bermaharajalela.
Kami gambarkan situasi kami seperti 'telan mati emak, luah mati bapak' kerana kami menjadi seperti bermain dengan api. Hendak diremove atau terus menyimpan dan 'menternak' fake profile di BMU ini demi KEBEBASAN BERSUARA yang di dambakan?? Kami juga tidak menafikan, mereka (fake profile) mahu mengkritik namun dengan cara yg lebih 'harsh' atau pedas supaya MPP tidak terus terlena atau terleka. Itu bagus. Tapi yang tak bagusnya, sampai bila? sampai bila kita nak wujudkan dan membiarkan MPP seolah-olah memberikan sokongan agar mahasiswa UMT yang berani ni bersuara tanpa menunjukkan identiti yang sebenar?
Tibalah masa untuk insan-insan yang berani ini untuk lebih berani untuk mengkritik secara lebih berintegriti dan berintelektual.
Ya, kami sedar, lambakan fake profile akan terus berlaku kerana tidak sukar untuk melahirkan fb ber'fake profile' ini.Namun, kesedaran mereka untuk kembali kpd budaya mahasiswa yg lebih berminda kelas pertama amat diharapkan. Memang benar, pokok tidak akan bergoyang sekiranya tidak ada angin. Oleh hal demikian, ketulusan mereka amat kami perlukan bukan untuk sesi MPP hari ni sahaja, tetapi untuk hari mendatang.
Setelah beberapa ketika, MPP berhasrat untuk membentuk mahasiswa yang lebih berintelektual dan berintegriti... Oleh sebab itu, BMU sedaya upaya mahu melahirkan mahasiswa yg bangkit bersuara memperjuangkan hak mahasiswa dengan mengunakan nama anda yang SEBENAR dalam melontarkan suara kebenaran. Bukan kami yang mahukan, namun demi memberikan keadilan kepada suara-suara mahasiswa kalian di BMU juga. Untuk keharmonian semua...
Ya, kami dipihak MPP juga sedar bahawa kami bukanlah pemimpin terbaik, namun atas kesedaran kelemahan ini, kami dengan rendah diri memohon maaf kepada semua pihak yang 'tidak berprofile sebenar' atau mana-mana mahasiswa sekalian agar dapat kita lebih berkomunikasi scara lebih terbuka dan lebih tulus. Kita harus sedar hakikat yang benar bahawa kita datang dari satu rumpun bangsa yang sama, dilahirkan untuk mengecapi ukhuwah yang sama...jadi tidak salah untuk sama-sama membentuk satu perhubungan yang lebih baik. Sedarlah, kita adalah pemuda harapan bangsa. Kita yang mencorakkan hari muka negara.
"Pencetus Perubahan Kearah Kegemilangan"
Timbalan Presiden MPP UMT sesi 2011/2012
No comments:
Post a Comment