Sunday 20 March 2011

BENGKEL INDUKSI PELAJAR PASCASISWAZAH (SECARA PENYELIDIKAN) UMT 2011

Kepada Semua Pelajar Pascasiswazah Semester 1 dan 2
Struktur Penyelidikan
Universiti Malaysia Terengganu


Sekolah Siswazah akan menganjurkan Bengkel Induksi Pelajar Pascasiswazah
(Secara Penyelidikan) UMT 2011 seperti maklumat di bawah. Bengkel ini
bertujuan untuk memberi penerangan berkaitan proses-proses permulaan
pengajian siswazah seperti peraturan dan prosedur, proses penyeliaan,
pembinaan proposal penyelidikan dan fasiliti sokongan.

Anda diminta untuk hadir ke program tersebut yang akan diadakan
sebagaimana berikut:

Tarikh: 27 Mac 2011 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: Auditorium, PSNZ

 Sila dapatkan surat panggilan program di Sekolah Siswazah UMT. Terima kasih.

No comments: