Thursday 3 March 2011

Tawaran Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2011

Sukacitanya ingin dimaklumkan kepada semua mahasiswa/i UMT bahawa Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) telah membuka permohonan untuk biasiswa berprestij, Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) kepada pelajar yang layak untuk tahun 2011.

Butiran lanjut mengenai BTAR 2011 adalah seperti di NOTIS PELAJAR (Ditampal dipapan kenyataan sekitar UMT). Borang boleh dimuat turun daripada laman web YTAR www.yayasantar.org.my atau dikaunter HEPA UMT secara PERCUMA.

Semua borang permohonan hendaklah dihantar ke kaunter HEPA selewat-lewatnya pada 27 Mac 2011 (AHAD), untuk pihak HEPA dapatkan tandatangan dan sokongan daripada TNC HEPA.

Sebarang masalah dan pertanyaan bolehlah berjumpa dengan Cik Wan Zawati atau Puan Nursalawati di Pejabat Am HEPA.

Anda boleh juga berkunjung ke Pejabat MPP, Aras 2, Bangunan HEPA untuk mendapatkan bantuan nasihat dan lain-lain.

Sekian terima kasih.

Salam Sayang, Cinta dan Kasih kami kepada kamu semua, Mahasiswa/i UMT

"Pencetus Perubahan Kearah Kegemilangan"
EXCO PENERBITAN, PENERANGAN DAN PUBLISITI
MPP UMT 2011/2012

No comments: