Pasti pasti ada tertanya-tanya, apakah motif artikel kali ini dikeluarkan. Sebenarnya bukan nak cetus isu atau mencari isu namun lebih kepada pendekatan memberitahu secara berterus-terang kepada semua mahasiswa UMT tentang isu terbaru dan hangat di Bicara Mahasiswa UMT (BMU) iaitu Kenaikan Banner “Kami Benci Demo… Kami Sayang UMT, UMT Dihatiku’ dan juga isu-isu yang dipaparkan di blog Samutroll yang semakin hari semakin berbisa (saya tahu blog itu adalah blog BOHONG semata-mata, cuma tidak salah juga untuk mengambil sedikit sedutan dari blog tersebut kerana ia melibatkan yang berkaitan juga)
Lihat ni..
(KLIK UNTUK LEBIH JELAS)
Mungkin penulis blog Samutroll ini merasakan seperti ‘pelik’ dan ‘ajaib’ bila mana MPP tiba-tiba mengeluarkan banner ‘kontroversi’ terbabit pada tarikh 9/01/2012. Mungkin terfikir MPP cukup rajin untuk membuat banner yang banyak semata-mata mengatakan kebencian kepada demostrasi yang terlalu general maksud yang ingin disampaikan. Sedangkan hakikatnya yang berlaku adalah pihak MPP dan semua perwakilan badan-badan pelajar tidak mengetahui bahawa pihak universiti telah meletakkan nama kami di banner terbabit tanpa pengetahuan kami sendiri.
Malahan apabila cuba mengatakan seperti mahu menyorokkan sesuatu itu, kami secara sebulat suara tidak pernah mahu menyorokaan 'sesuatu' seperti yang dibangkitkan.Malahan kami sebolehnya mahu menunjukkan segala bukti bahawa kami di barisan MPP sentiasa mengutamakan suara pelajar melebihi segalanya.
Apabila MPP dimaklumkan tentang kewujudan banner-banner ini, terdapat beberapa pihak pelajar dan presiden kelab turut sama membantu menurunkan banner ini tanda bantahan. Namun, penurunan banner ini bukanlah bersifat untuk kurang hajar atau biadap tetapi lebih kepada pendekatan menegakkan hak kebebasan demokrasi yang didambakan oleh pihak MPP dengan pihak pengurusan UMT.
Apabila MPP dimaklumkan tentang kewujudan banner-banner ini, terdapat beberapa pihak pelajar dan presiden kelab turut sama membantu menurunkan banner ini tanda bantahan. Namun, penurunan banner ini bukanlah bersifat untuk kurang hajar atau biadap tetapi lebih kepada pendekatan menegakkan hak kebebasan demokrasi yang didambakan oleh pihak MPP dengan pihak pengurusan UMT.
Maka kami turunkan mengikut suara demokrasi juga.
Kami beri kebebasan pada setiap perwakilan kelab masing-masing untuk menurunkan atau terus membiarkan banner tersebut tergantung dengan nama yang digunakan tanpa pemberitahuan yang jelas.
Antara banner yang dinaikan tanpa pengetahuan badan-badan pelajar UMT.
Hal ini sepatutnya tidak berlaku.... Kami dibarisan MPP semahunya mahasiswa UMT diberi kepercayaan dan tiada kesangsian sehingga lahirnya banner-banner tanpa pengetahuan perwakilan seperti menidakkan hak MPP dan Presiden-Presiden ini dalam memberikan pandangan yang sepatutnya tentang isu Demostrasi ini.
Sememangnya sekiranya MPP dan Badan-Badan Pelajar tidak mengambil keputusan menurunkan banner-banner secepat yang mungkin, maka ia mungkin akan menjadi satu isu polimik politik dalam kalangan mahasiswa.
Antara gambar mahasiswa yang tidak berpuas hati apabila banner-banner ini bergantungan di sekitar UMT.
Ada juga beberapa pelajar bertanya mengapa banner-banner ini bergantungan kerana mereka sedar keadaan di UMT adalah baik dan tidak perlu diberi 'peringatan' seperti ini.
ISU MPP BIADAP
Maka ada juga pelajar mengeluarkan statement tentang Staf tidak berpuas hati kepada Presiden MPP UMT kami kerana dikatakan bertindak sedikit emosi dalam pejabat HEPA ketika itu.
Isu ini tercetus apabila MPP datang ke pejabat kerana mahukan kepastian dan penjelasan yang lebih jelas daripada semua pihak. Pada waktu kejadian, walaupun terdapat sedikit situasi tegang antara MPP dan beberapa staf, Saudara Sufi sekadar membentangkan banner dilantai (sebab ada yang bertanya macam mana banner terbabit) dan bertanyakan kepada pihak staf yang ada disitu.
Apabila ada mengatakan beliau seakan-akan membaling dan menyepak banner terbabit namun sebenarnya ia bukanlah seperti yang dibayangkan.Beliau bukan sengaja pijak, cuma keadaan banner dilantai maka mungkin masyarakat boleh memahai situasi terbabit (bukan beerti berniat sengaja biadap pada sesiapa). Sememangnya tidak dinafikan beliau sendiri menyatakan bahawa beliau tidak berniat untuk bertindak melulu malah sangat menghormati pihak staf HEPA, cuma dalam nada suara yang tegas dan bahasa tubuh yang membantah telah melahirkan ekspresi emosi telah disalah anggap oleh beberapa pihak. Namun, kami akhiri pertemuan terbabit dalam keadaan aman, MPP telah memohon maaf kerana merasakan ada pihak yang terguris ketika kehadiran kami disitu namun yang pastinya tiada sebarang pergaduhan walaupun persoalan tidak terjawap secara penuh kerana ada beberapa perkara perlu terus kepada TNC.
Sesungguhnya, sepanjang memegang tangungjawab sebagai MPP, kami tidak pernah berniat mahu bersifat negatif pada mana-mana pihak apatah lagi untuk memburuk-burukan HEPA atau melaga-lagakan mana-mana pihak, malah sentiasa berharap dan mengalakkan mahasiswa untuk lebih terbuka menerima pengurusan pihak HEPA demi menjaminkan kelestarian intelektual dan keharmonian mahasiswa dengan pihak HEPA dan semua pengurusan di UMT. Malah, kami sentiasa menghargai usaha pihak HEPA yang tidak putus-putus memberikan kerjasama terbaik dalam membantu pengurusan hal ehwal pelajar yang sebaiknya. Namun, apabila lahirnya banner-banner ini tanpa pengetahuan MPP dan perwakilan yang lain, maka menjadi kekecewaan dan persoalan tentang dimanakah silap barisan MPP di kacamata pihak pengurusan HEPA. Jika ada salah dimana-mana tegurlah kami sebaiknya.
Bila ditanya secara terperinci tentang rentetan kisah banner tersebut, adalah dikatakan bertujuan kerana Perhimpunan 901 yang berlaku pada tarikh hari ini 9 Januari 2012. Maka jika ditanya tentang 901, pendirian MPP pastinya tidak menyokong 901 kerana kepercayaan kepada ketulusan mahkamah meskipun pihak polis telah memberikan kelulusan berhimpun. Namun, jika dilihat pada banner yang telah dinaikkan di UMT, pandangan pertama menyatakan tentang 'demo' yang luas maksudnya dan jika ditanya pula tentang pendirian MPP tentang demostrasi, sememangnya demostrasi terdapat pro dan cons, malah ada demostrasi yang boleh memberikan kebaikan dan tidak dinafikan ada juga yang sebaliknya, namun MPP percaya dan mahu semua mahasiswa UMT bertekad bersatu dalam membentuk mahasiswa minda kelas pertama yang mengutamakan perjuangan secara rasional bukan radikal, hikmah bukan fitnah, mendidik bukan mengherdik atau pengemar kuasa jalanan semata-mata namun demostrasi adalah jalan terakhir sekiranya segala pendekatan demokrasi dan diplomasi tidak dapat berjalan dengan jayanya.
Dalam kes ini, kepercayaan harus diberikan kepada mahasiswa kerana disitulah self-estim sebagai mahasiswa dapat dipupuk dengan jayanya. Tambahan kerajaan juga tidak menghalang perhimpunan yang mendapat kelulusan, maka UMT bukanlah universiti yang membangkang atau menidakkan kuasa perlembagaan negara. Maka berharap pertemuan MPP dengan TNC pada 15hb Januari 2012 nanti dapat satu penjelasan terbaik daripada pihak universiti.Sesungguhnya, jauh disudut hati ini berharap segalanya dapat diselesaikan secara aman dan harmonis.
Malahan MPP berharap semua presiden dapat turun pada 10hb Januari 2012 dikafe KKSAM untuk menandatangi Petisyen KHAS berkaitan dengan 'Bantahan kepada Pihak Universiti Dalam Mengunakan Nama Perwakilan dan Badan-Badan Pelajar UMT dalam Banner "Kami Benci Demo..." pada esok malam (9malam -11 malam) sebelum dihantar kepada TNC sebagai bukti kelab2 tidak tahu dan tidak bersetuju atas kenaikan banner-banner ini tanpa pengetahuan dan persetujuan semua. Adakah semua Presiden2 kelab yang terlibat bersetuju dan bersatu? Kami mahukan suara anda semua secara majoriti namun tidak berniat menidakkan hak golongan minoriti kerana bukan prinsip demokrasi yang sebenar.
Harapan barisan MPP agar semua mahasiswa sentiasa bersatu dan mewujudkan kesatuan mahasiswa yang tidak berbelah bagi. Terima kasih....
'PENCETUS PERUBAHAN KEARAH KEGEMILANGAN'
p/s: Kredit kepada Nash Azuan kerana terdapat gambar yang diambil dari kamera beliau dan juga blog beliau
Yang Bersuara Demi Kebenaran,
Norzulaiqha Binti Zulkifli
Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2011/2012
Universiti Malaysia Terengganu
2 comments:
staff semua tak tahu bila masa banner digantung..mereka kata pihak kontraktor yg buat semua ini dgn arahan TNC..kita harus waspada dlm tindakan,tak perlu melulu.hope lepas ni kita semua dpt tanggani dgn tenang
Harap MPP semua bersabar ya dan selesaikan masalah ini dengan tenang. Anggaplah ia sebagai cabaran terakhir sebagai MPP ya^^
Post a Comment