Monday 14 November 2011

PTPTN "Kategori Laluan Khas".


Salam Sejahtera


Kepada semua pelajar tahun 1 yang memohon PTPTN "Kategori Laluan Khas".


Bersama ini disertakan senarai nama pelajar yang telah berjaya memohon pinjaman PTPTN bagi "Kategori Laluan Khas". Makluman ini juga telah dimaklumkan kepada saudara/i menerusi SMS dan email oleh pihak PTPTN.


Justeru itu, kepada yang terlibat, anda diminta untuk menyerahkan dokumen PTPTN ke Pejabat HEPA selewat-lewatnya 15 NOVEMBER 2011 (SELASA). Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini sila berhubung dengan Puan Norliana bt Mohd Zor di pejabat HEPA sebelum tarikh penghantaran dokumen berkenaan.


Perkara penting bagi penghantaran dokumen PTPTN :


1) Borang senarai semak (1 sahaja)
2) Set dokumen PTPTN yg boleh dicetak menerusi laman web PTPTN (2 set)
3) Dokumen sokongan (1 set) - disahkan oleh Pegawai Pengurusan dan Profesional HEPA.
4) Tandatangan saksi di dokumen PTPTN - ditandatangani oleh Pegawai P&P HEPA
5) 2 keping setem hasil bernilai RM10.00 setiap satu set dokumen PTPTN
6) Kepada penjaga yang tidak bekerja, diminta mengisi Borang Pengesahan Tidak Bekerja (boleh didapati di laman web PTPTN)
7) Maklumat terperinci mengenai panduan dan peraturan pengisian dokumen PTPTN boleh didapati di laman web PTPTN (www.ptptn.gov.my)


Sila rujuk papan kenyataan sekitar Kolej Kediaman dan Kampus untuk melihat senarai yang berjaya.

No comments: