Friday 4 November 2011

FORUM MAHASISWA UMT (FMU): BAJET 2012, MANFAAT KEPADA MAHASISWA


SURAU AL-IRFAN, 31 0KTOBER 2011

                Pada 31 Oktober 2011, Kelab Amatur Intelektual (KAI UMT), telah mengadakan Forum Mahasiswa UMT (FMU) yang bertajuk Bajet 2012: manfaat kepada mahasiswa. Ahli panel yang dijemput adalah Saudara Mohd Izzat Bin Mohd Zubir, Mantan Naib Presiden KAI, Hj Mohd Sufi Bin Iberahim Shah, Presiden MPP, dan juga Saudara Mohd Faiz Bin Abdul Rahman.

         Setiap ahli panel di minta untuk membentangkan pandangan umum masing-masing mengenai bajet 2012 pada pusingan pertama. Pada pusingan kedua, ahli panel diminta untuk menjawab soalan moderator, Muhammad Raimi Bin Abdul Rauf. Saudara mohd Izzat telah mengupas mengenai gambaran sirah nabi dan rakaman ayat Al-Quran dan mengaitkannya dengan bajet dan ekonomi. Mahasiswa mesti tahu buat perancangan dan bajet diri masing-masing dalam dunia masa kini.

         Saudara Presiden MPP, telah mengulas mengenai beberapa fakta yang di bawa dalam bajet tersebut. Antaranya beliau ada menyebut beberapa angka fiskal dalam bajet 2012 dan mengulas menganai isu semasa, poltik dan agama.  Saudara Muhd Faiz pula mengulas beberapa cadangan dan pembangunan yang MKK boleh laksanakan dengan peruntukan yang diberikan kepada pihak PKP bagi menjaga kebajikan mahasiswa.

         FMU sangat wajar di adakan dan perlu di murnikan lagi pengurusannya. Atas cadangan MPP, KAI diminta untuk mengadakan forum di tempat lebih umum iaitu di kawasan kafe baru bagi menggalakkan pelajar untuk mendengar kupasan pelajar. FMU ini dibuat untuk menggalakkan pelajar-palajar melontarkan pandangan dan ia berbentuk student oriented.

No comments: