Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia,
Dikesempatan yang ada ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negara ke-54 dan Selamat Hari Raya Aidilfitri khusus kepada semua Mahasiswa khususnya dan Warga Universiti Malaysia Terengganu amnya. Juga tidak ketinggalan mereka yang masih melanjutkan pelajaran di luar negara, serta seluruh masyarakat di Malaysia.
Saya mewakili barisan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012 memohon maaf atas ketidakupayaan kami dalam melaksanakan tanggunjawab yang diberikan. Walaubagaimanapun kami masih komited dalam mencipta penandaaras baru dalam merealisasikan dimensi baru mahasiswa pada masa hadapan.Kami juga akan meneruskan agenda mahasiswa yang lebih tersusun dan selari dengan matlamat universiti. Sokongan dan penglibatan anda semua amat diperlukan supaya kesinambungan pemimpin dan masyarakat dikekalkan. Dasar pandang ke depan amat kami titik beratkan dan menjadi nadi kepimpinan kami. Bersama kami mencari preskripsi yang menjurus ke arah resolusi, dan menjayakan transformasi era mahasiswa.
Sambutlah Hari Kemerdekaan kesyukuran terhadap Tuhan. Pengorbanan generasi terdahulu amat dihargai.Keperitan generasi terdahulu memungkinkan untuk kita mengecapi mercu kegemilangan. Saya juga amat bertierima kasih kepada Perdana Menteri Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein Bapa Pembangunan, Tun Hussein bin Dato' Onn, Bapa Perpaduan, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Bapa Pemodenan, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Bapa Pembangunan Modal Insan. Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak Bapa Transformasi yang telah mengekalkan kemerdekaan dan menerajui tanah air tercinta. Bukan Mudah, tetapi ianya sudah berjaya.
Adakalanya mahasiswa juga perlu meneliti bait-bait puitis ahli politik. Adakala madahnya menyentuh benak insan yang luluh hatinya memendam kepiluan.kenyataan sesetengah ahli politik baru-baru ini amat mengguris rakyat Malaysia keseluruhannya. Dipihak Mahasiswa, saya amat kesal dan meminta pihak kerjaan dan parti politik terbabit menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka.
Saya kagum dan berbangga andaikata mahasiswa sentiasa peka dan merintis isu semasa untuk menyatakan pendirian mahasiswa dalam pelbagai perkara. Saya juga ingin melahirkan kelegaan sesetengah pihak di atas penamatan perjanjian Air Johor-Singapura 1961 yang telah menimbulkan pelbagai persoalan sehingga menjadi pertikaian dikalangan pemimpin politik yang akhirnya menimbulkan kecelaruan dikalangan rakyat. Susana politik tanah air kini tidak seimbang. Saya khuatir andaikata ianya menjadi ruang kepada musuh negara mencipta isu-isu ghaib. Kemajuan dan kemakmuran yang dikecapi oleh rakyat kita menimbulkan rasa cemburu kepada mereka. Saya juga meminta agar semua ahli politik supaya tidak ghairah akan kuasa yang akhirnya menggugat perpaduan rakyat.Saya mahupun seluruh mahasiswa akan bersedia untuk meneruskan kegemilangan tanah air tercinta.
Menziarahi pusara datuk saya kali ini amat bermakna bagi saya diambang raya dan merdeka. Di pusara inilah yang telah menempatkan salah seorang prajurit tanah air pernah mendapat pengiktirafan Veteren Merdeka oleh Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Airmata yang dititiskan bukan lagi adat syawal tetapi titisan penghargaan. Titisan airmata buat prajurit tanah air. Saya percaya ramai dikalangan mahasiswa dan juga keluarga prajurit Tanah Air menyimpan nostalgia yang sama. TERIMA KASIH dan Saya BANGGA kerana Tanah Air ku mempunyai rakyat seperti Kalian Semua.
Untuk yang bukan beragama Islam, saudara/i disarankan agar meningkatkan kefahaman terhadap Agama Islam dan seterusnya menghormatinya agar dapat menyambut raya secara bersama dalam suasana penuh harmoni.
Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Negara ke-54 dan Selamat Hari Raya Aidilfitri tulus ikhlas maaf zahir dan batin.
Cita rasa mereka mengungkai merdeka
Sarkastik itu menjadi ketakutan
Kembali dalam lingkar kehidupan kerakyatan
Darah rakyat terbakar untuk keselesaan
Otentik itu mungkin demensi yang sama
Saraf evolusi akar kebangkitan
Separuh waktu merangkum budaya
Duri liku merintis sebuah tamadun
Baku bercangkang api-pun tergenggam
Tumbuh merentas tradisi mencita nama
Ingatlah
MERDEKA itu bukan nama
p/s: Ucapan di dalam youtube..
p/s: Ucapan di dalam youtube..
“Pencetus Perubahan Kearah Kegemilangan”
Muhammad Sufi Iberahim Shah
Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012
Universiti malaysia Terengganu
No comments:
Post a Comment