Sunday, 30 October 2011

Video Korporat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2011/2012 UMT

MPP Jawab: Prosedur memanggil wartawan luar

Soalan Mahasiswa:

Bagaimana prosedur untuk saya memanggil wartawan luar?

Jawapan MPP:

Anda boleh meminta bantuan Pejabat Korporat UMT atau terus direct contact wartawan2 tersebut. Jika meminta bantuan korporat, anda tulis surat permohonan bantuan mendapatkan wartawan luar untuk membuat liputan, kemudian lampirkan sekali tentatif program dan email proposal anda dan yg berkaitan kpd pegawai Korporat UMT yg berkaitan..

MPP Jawab: Software Video dan Gambar Kreatif


Soalan Mahasiswa UMT:


Boleh gitau apa nama software yang digunakan untuk design video kreatif dan picture kreatif yang dipraktikkan oleh MPP..


Jawapan MPP:


Kami menggunakan 8 jenis software bergantung kepada keperluan. Exco MPP yg berkaitan WAJIB memiliki kemahiran mengendalikan software ni..


Adobe Photoshop (Design Picture)
Macromedia Fireworks (Design Picture)
Macromedia Flash (Design Video)
Adobe Premier pro (Design Video)
Adobe After Effect (Design Video)
Movie Maker (Design Video)
Autocad (Incase perlu design 3D)
Cartia (Incase perlu design 3D)

2 Isu terkini yang telah diambil tindakan oleh MPP UMT

Jadual Bas Sempena cuti Hari Raya AidilAdha


SALAM.. ATAS PERMINTAAN ANDA SEMUA... INI JADUAL BUS TERBARU UNTUK CUTI RAYA HAJI..

DARI UMT KE MBKT (TEMPAT MENUNGGU DI KOMPLEKS SUKAN UMT)

2HB 11 2011 PKUL  6.00 PETANG-8.00 MALAM

3HB 11 2011 PUKUL 7.00 PAGI-10.00PAGA DAN 6EPTANG-8MALAM

4HB 11 2011 PUKUL 7.00 PAGA-10.00 PAGA DAN 6 PETANG-8 MALAM


DARI MBKT KE UMT (TEMPAT MENUNGGU DI MBKT)

11HB 11 2011 PKUL4.00 PAGI - 10.00 PAGI DAN PKUL5 PETANG - 7.30MALAM

12HB 11 2011 PKUL4.00 PAGI - 10.00 PAGI DAN PKUL 5 PETANG - 7.30MALAM

13HB 11 2011 PKUL4.00 PAGI - 10.00 PAGI DAN PKUL5 PETANG - 7.30MALAM




Demikianlah jadual perjalanan bas UMT ke MBKT.Sekiranya mengalami sebarang permasalahan, boleh terus menghubungi MPP kami iaitu Saudara Afizan di talian 014-5080683
atau berhubung di facebook Muhammad Afizan  atau terus di Bicara Mahasiswa UMT.


Dengan ini, MPP  mengambil kesempatan ingin mengucapkan selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua Mahasiswa UMT yang beragama Islam. Semoga kita mendapat keberkatan dan rahmat daripada fadhilat Aidiladha kali ini. Insya-Allah.





Selamat bercuti dan bertransformasi.

"Pencetus Perubahan Kearah Kegemilangan"



Firman Allah yang bermaksud: “Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika mereka mempersembahkan korban maka diterima daripada salah seorang daripada mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): Aku pasti membunuhmu! Berkata Habil: Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa.” (Surah al-Maidah, ayat 27)

Program Siswa Sihat 1Malaysia







Program Siswa Sihat 1Malaysia telah dibuat pada 28-29 Oktober 2011. Ia merupakan kerjasama diantara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Universiti Malaysia Terengganu. Program ini juga mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada Majlis Perwakilan Pelajar yang mengendalikan unit publisiti dan mengendalikan aktiviti.




Program:
Program Siswa Sihat 1 Malaysia Zon Pantai Timur 2011
Anjuran: 
Kementerian Kesihatan Malaysia dan Universiti Malaysia Terengganu
Tarikh: 
28 - 29 Oktober 2011

Aktiviti:

 -Perasmian program oleh YB Datuk Rosnah Hj Abdul Rashid Shirlin(TM Kesihatan Malaysia)
-Persembahan U-robik
-Pameran
-Bual Bicara "Siswa Sihat 1 Malaysia" bersama Fahrin Ahmad
-Permainan U-game
 -Jom berjalan 10 000 langkah
-Kafe sihat
-Permainan U-game
-U-race


 semasa Bual Bicara bersama Fahrin Ahmad...



 goodies beg semasa Bual Bicara bersama Fahrin Ahmad..

 sijil



Friday, 28 October 2011

Matlamat Organisasi: Berpesta dengan Timbunan Program atau …..?


Semasa sebelum saya menjadi MPP, saya sejujurnya sering disogokkan dengan kata-kata MPP perlu mempersiapkan dan memperbanyakkan program-program ‘grand’ atau besar-besaran untuk universiti dan pelajar agar dapat meningkatkan populariti universiti. Namun, polisi MPP pada sesi ini yang telah dipersetujui bersama iaitu dasar mengurangkan program. Namun, nampaknya kebanyakan pelajar dan ada suara-suara pihak pengurusan universiti seperti tidak berpuas hati dan tidak bersetuju dengan dasar ini apabila MPP mengurangkan aktiviti membuat program dan jika buat sekalipun hanya program universiti. Mereka seolah-olah tidak faham mengapa keputusan ini diambil.

Hal ini kerana telah menjadi trend di kalangan persatuan di kampus dalam memperbanyakan program, kononnya untuk menandingi prestasi sesi yang sebelumnya. Dengan program yang banyak, laporan tahunan pastinya akan panjang dan tebal apabila penuh dengan minit mesyuarat tahunan, maka boleh berdabik dada mengatakan sesi sekarang sudah melakukan yang terbaik daripada sesi yang sebelumnya. Trend ini telah berkembang dikebanyakan universiti dalam beberapa tahun sehingga satu organisasi ini dihinggapi dengan sindrom “Kerja banyak, habuk pun tadak.

Apabila persatuan berlumba-lumba mahu membuat program, maka banyaklah sumber pelajar yang diperlukan. Seorang pelajar terpaksa menjadi komiti bagi tiga hingga lima program dalam satu-satu masa. Setiap malam perlu menghadiri mesyuarat, perbincangan, pembentangan, dan macam-macam lagi. Akhirnya, pelajar menjadi terbeban dan penat. Pada masa yang sama, terlalu banyak program dianjurkan di kampus. Dalam seminggu ada dua tiga konsert dianjurkan, pelbagai forum dan ceramah yang sudah jadi seperti nasi dan air. Ini bakal menjadikan pelajar mula muak dan bosan. Kesannya, tiada siapa yang mahu melibatkan diri dalam program tersebut. Situasi ini bukan sekali berlaku, namun acapkali terjadi tetapi mungkin tidak ramai yang perasan. Masing-masing telah terlalu sibuk dan tekun menjayakan tiga empat program yang dirancangkan. Sehinggakan ada yang menganjurkan program yang telah diadakan beberapa hari sebelumnya. Kebanyakannya beranggapan bahawa program adalah satu cara terbaik untuk mencapai objektif persatuan masing-masing, namun hakikatnya tiada satu matlamat organisasi yang tercapai pada akhir sesi kepimpinan sebaliknya hanya menghasilkan penat dan pembaziran wang.

Sepatutnya kita sebagai pelajar harus sedar bahawa pengurusan organisasi perlulah berpandukan matlamat dan objektif tetapi kebanyakan tidak sedar sebenarnya telah gagal menguruskan organisasi berdasarkan objektif. Setiap persatuan atau mana-mana organisasi harus bijak membezakan antara hasil dan kerja, antara program dan matlamat organisasi, sebaliknya bukannya sibuk dengan kerja dan tugasan sehingga lupa matlamat dan hasilnya.

Jadi disini saya ingin mengajak sahabat pelajar sekalian melihat matlamat penubuhan kelab dan persatuan masing-masing. Termasuklah juga matlamat kami sebagai MPP ditubuhkan di kampus adalah untuk memberi penekanan kepada kerja-kerja kebajikan dan menyuarakan suara pelajar kepada pihak universiti dan kerajaan. Dewan Parlimen Mahasiswa (Dewan Persidangan Pelajar; DPP) dan Speaker Corner adalah antara matlamat utama kami. Seiring dengan moto kami “Pencetus Perubahan Kearah Kegemilangan’’, kami mungkin bukanlah pemimpin yang sedia ada untuk mencapai kegemilangan yang diharapkan namun paling tidak kami cuba yang terbaik dalam menjadi PENCETUS kepada satu PERUBAHAN yang kebanyakan orang ‘tidak biasa’ dengan corak perubahan ini sehingga mencetuskan ketidakpuasan hati bagi sesetengah pihak. Bagi kami, definisi ‘tidak biasa’ ini wujud apabila tidak mahu mencuba sesuatu yang baru kerana telah selesa atau terbiasa dengan perkara yang sedia ada. Sebaliknya kami cuba untuk menjadi ‘tapak’ agar mempermudahkan perjuangan sesi akan datang untuk menerajui matlamat asal MPP ditubuhkan di kampus sekaligus merealisasikan definisi dasar hala tuju 5 tahun MPP UMT.

Barisan MPP dibawah lembayung kepimpinan Presiden Muhammad Sufi bin Iberahim Shah ini, sedang dalam usaha memperbaiki sistem aduan dan tindakan aduan. Kami juga sedang menghapuskan jurang komunikasi antara pelajar dan persatuan dengan memastikan ada mesyuarat dan perbincangan dua hala dengan Majlis Kolej Kediaman(MKK), Angkatan Anak Seni (AKASIA), Majlis Sukan Pelajar (MSP), presiden kelab sosial dan eksekutif, malah telah mewujudkan Majlis Akademik Pelajar (MAP) dan Jawatankuasa Pelajar Luar Kampus (JPLK). Terdapat juga dikalangan MPP telah memperkasakan usaha sama dengan pihak MKK bagi merealisasikan hasrat menerajui kolej kediaman agar sama-sama sepakat dalam membantu membawa kebajikan mahasiswa pada tahap yang baik tanpa menimbulkan isu perebutan kuasa atau takhta yang hanya membuang masa dan merugikan. Selain itu, MPP juga telah menetapkan dasar mempertingkatkan aset daya saing MPP seperti penyediaan PA Mobile, Set Codeless Microphone, Pembesar suara dan juga papan putih. Aset ini dijana bukan untuk kegunaan MPP semata-mata tetapi juga bagi memudahkan urusan peminjaman pelajar sekiranya terdapat permasalahan peminjaman dengan pihak pengurusan.

Kemahiran interpersonal dan mengendalikan konflik dipertingkatkan. Sistem penyampaian kami cuba perkemaskan dengan mewujudkan Blog MPP, laman sosial Facebook Bicara Mahasiswa UMT’ dan juga yang terbaru buletin MPPTV serta mempertingkatkan penulisan akhbar Samudera UMT dari semasa ke semasa. Walaupun tidak dinafikan bahawa kami tidak mampu untuk menampakkan kesannya pada masa singkat, namun kami percaya dengan kesatuan semua pelajar, beberapa tahun akan datang, semua persatuan dan kelab pelajar di UMT pasti dapat menunjukkan prestasi yang baik dan melakukan ‘tugas utama’ mereka.

Justifikasinya, dalam menerajui kepimpinan kami yang berbaki beberapa hari lagi ini, pelbagai usaha yang jelas atau tidak jelas adalah masih bergantung kepada kepimpinan perwakilan kelab dan persatuan di kampus. Kami tetap berharap agar mendapat kerjasama yang terbaik daripada setiap perwakilan persatuan agar segala urusan dapat sama-sama kita pertanggungjawabkan dengan amanah bukan amarah agar matlamat Siswa Lestariversiti (Melestarikan Mahasiswa Berintelektual) dapat tercapai dengan jayanya bukan hanya pada sesi ini tetapi berkesinambungan untuk sesi-sesi yang akan datang. Insya-Allah.

“PENCETUS PERUBAHAN KEARAH KEGEMILANGAN’’

Bersuara Demi Kebenaran,
Norzulaiqha Binti Zulkifli
Timbalan Presiden Majlis
Perwakilan Pelajar Sesi 2011/2012 UMT

Monday, 24 October 2011

Program:Program Siswa Sihat 1 Malaysia Zon Pantai Timur 2011


Program: Program:Program Siswa Sihat 1 Malaysia Zon Pantai Timur 2011
Anjuran: Kementerian Kesihatan Malaysia dan Universiti Malaysia Terengganu
Tarikh: 28 - 29 Oktober 2011

AKTIVITI:


 28 OKTOBER 2011 -Perasmian program oleh YB Datuk Rosnah Hj Abdul Rashid Shirlin(TM Kesihatan Malaysia)
-Persembahan U-robik
-Pameran
-Bual Bicara "Siswa Sihat 1 Malaysia" bersama Fahrin Ahmad
-Permainan U-game

29 OKTOBER 2011 -Jom berjalan 10 000 langkah
-Kafe sihat
-Permainan U-game
-U-race

p/s: MPP akan mengupdate dari semasa ke semasa untuk maklumat lanjut. ini hanya maklumat awal sahaja..terima kasih :)

 

Promo MPPTV (Majlis Perwakilan Pelajar UMT)

Happy Deepavali

Friday, 14 October 2011

Minggu Jalinan Mesra Sesi 2nd Intake

MJM 2
22 sept - 24 sept 2011


Minggu Jalinan Mesra 2011

MJM 2011
6-10 Sept. 2011
Universiti Malaysia Terengganu

my team : UNIT PENGINAPAN

bersama ketua fakulti FMSM

bersama MPP UMT


Slot Ramah Mesra


Slot LDK

Slot Kenali Kolej

bersama beberapa fasi MJM 2011

berakhir sudah MJM 2011..
banyak yang telah dipelajari dan di hayati sepanjang MJM 2011
bermula dari pendaftaran pelajar baru dan berakhir dengan Malam Tautan MJM 2011.

pelbagai aktiviti kepada pelajar baru
1. LDK
2. CERAMAH NGO
3. SUKAN
4. KEBUDAYAAN
5. KESIHATAN
6.AKADEMIK
7.KOKURIKULUM
dan sebagainya.

MJM 2011 dibantu oleh fasi-fasi yang mempunyai komitment yang sangat tinggi

Friday, 7 October 2011

Memanggil Wartawan membuat liputan event


Berikut merupakan perkara yang korang perlu sediakan sekiranya menjemput wartawan SAMUDERA atau wartawan Luar.


1. Makanan (Tagging MEDIA)
2. Beri Teks Ucapan VIP dan Buku Program
3. Beg cenderahati jika ada.
4. Melayan dan membantu wartawan mendapatkan maklumat
5. Berikan mereka tag dan lanyard sekali bertulis "MEDIA"


*Jangan biarkan wartawan bersendirian tanpa ade usher terutamanya wartawan luar. Jika anda tidak memberi layanan kpd mrk, amat sukar untuk anda memanggil mereka semula nanti.


*Jika ingin memanggil wartawan SAMUDERA, anda digalakkan menulis surat permohonan kepada Ketua Jawatankuasa Media SAMUDERA dan melalui penasihat kelab korang. Ia penting untuk rekod.


Untuk info lanjut mengenai prosedur dan trick mendpatkan wartawan luar, sila berjumpa dengan saya


Aliashim Albani
Exco Penerbitan Penerangan Dan Publisiti
Majlis Perwakilan Pelajar UMT

Monday, 3 October 2011

Selamat Bergraduasi

Tarikh Kutipan Dokumen PTPTN Pada 4 hingga 6 Oktober 2011 (Selasa-Khamis)

Kepada Pelajar Tahun 1 UMT


Tarikh Kutipan Dokumen PTPTN Pada 4 hingga 6 Oktober 2011 (Selasa-Khamis)


Ingin dimaklumkan bahawa kutipan dokumen ptptn akan diadakan pada 4 hingga 6 oktober 2011.


Tarikh: 4 & 5 Oktober (Selasa dan rabu)
Masa : 9 Pagi hingga 5.30 petang
Tempat: Auditorium Mahyudin, FPE


Tarikh: 6 Oktober (Khamis)
Masa: 9 Pagi hingga 5.30 Petang
Tempat: Tingkat 1 Kompleks siswa HEPA


Sila Rujuk Memo yang akan ditampal di Papan kenyataan sekitar kolej kediaman dan Kampus untuk melihat Jadual kutipan dokumen pelajar tahun satu mengikut program pengajian. (Memo berwarna merah jambu/Pink)