Saturday 30 April 2011

Permasalahan Permohonan Asrama dan Rundingan MPP bersama PKP UMT

Pertemuan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu bagi sesi 2011/2012 dengan Pengarah Penempatan dan Kemudahan Pelajar, Dr. Ahmad Munir Bin Dato’ Mohd Salleh @ Embat, Pengetua KKARL, Ahmad Fakharuddin Bin Abd. Rahman, Pengetua KKSAM Prof. Madya  Dr. Wan Izatul Asma Bt. Wan Talaat, Pengurus Asrama KKSAM Wan Adzmani Bin Wan Othman, Pengurus Asrama KKARL; Mazlina Binti Ahmad Fazili, Penolong Pengurus Asrama KKSAM Ahmad Fadhli Bin Hamzah dan juga beberapa pegawai staf yang terlibat bagi membincangkan rundingan sebanyak dua kali tentang penempatan pelajar pada petang hari Rabu selepas Memo Pemberitahuan Senarai Kemasukkan Pelajar UMT yang LAYAK menginap di asrama bagi sesi 2011/2012.

Pertemuan pertama dan kedua ini adalah berikutan rentetan permasalahan yang wujud apabila timbul rungutan pelajar yang tidak berpuas hati dengan pemilihan yang dilakukan oleh PKP kerana antara isu yang dibangkitkan adalah seperti berikut:
  1. Pertambahan kemasukan pelajar baru yang telah menghadkan dan mengurangkan bilangan pelajar yang berkelayakan (bagi tahun 2 dan tahun 3) yang ingin mendiami asrama.
  2. Pemilihan pelajar adalah tidak mengikut tahap keaktifan seseorang pelajar.
  3. Menjadi permasalahan kepada para pelajar Diploma Perikanan dari segi penginapan kerana wujud salah faham tentang KEUTAMAAN mereka untuk mendapatkan asrama kepada JAMINAN mendapat asrama.
  4. Bagaimana saluran yang digunakan oleh pihak PKP dalam menentukan pemilihan kemasukan para pelajar ke asrama.

Empat topik utama yang diperbincangkan dan dipersoalkan untuk mendapatkan penjelasan bertulis supaya mahasiswa mendapat gambaran sebenar mengapa permasalahan ini berlaku.
Antara jawapan bagi persoalan tersebut adalah:
  1. Pihak Akademik baru bagi senarai anggaran terbaru yang kemungkinan 2840 orang pelajar baru bagi kemasukan pelajar sesi akademik 2011/2012 ini. Anggaran ini bertambah berbanding tahun lepas kerana universiti pendidikan mengurangkan pengambilan pelajar-pelajar pra-siswazah berikutan daripada pertambahan pengambilan pelajar siswazah berbanding dengan prasiswazah  untuk ijazah pertama dengan nisbah 50-50 menjelang tahun 2015. Hal ini telah terdapat dalam RMK-10, dimana universiti pendidikan bernisbah ppascasiswazah dan pepra-siswazah dalam angka 1:1. Maka, kita yang bukan universiti pendidikan ini akan menjadi tempat sebahagian untuk menampung pengisian pelajar-pelajar prasiswazah tersebut.
  2. Setiap kemasukan asrama adalah mengikut saluran unit yang menjadi pilihan pemohon itu sendiri.Contohnya, sekiranya pemohon memohon menggunakan unit Penglibatan KELAB, maka pihak yang bertanggungjawab berkaitan penglibatan pemohon dalam unit KELAB tersebut akan menilai sejauhmana prestasi dan keaktifan pemohon itu bagi melayakkan pemohon mendapatkan asrama.
  3. Pelajar Diploma Perikanan sememangnya diberikan keutamaan dalam pemilihan asrama namun masih berasaskan kelayakan dari segi saluran yang digunakan. Kebanyakan saluran yang digunakan telah melebihi koata yang sepatutnya.
  4. Saluran yang digunakan adalah lebih kepada prinsip keadilan kepada semua pihak unit dan bagi mengelakkan wujudnya hanya ‘kroni’ tertentu mendapat asrama. Maka unit-unit yang telah menjadi saluran ini bertanggungjawab dari segi pemilihan setiap pelajar.

Demikian secara ringkas perkara yang menjadi perbincangan tersebut. Namun begitu, perundingan tersebut bukanlah hanya perundingan pertama atau kedua atau terakhir. MPP akan sentiasa membuat perbincangan dari semasa mengikut keperluan. Hasil dari rundingan tersebut dapat mempercepatkan proses rayuan buat para pemohon supaya tidak berlaku kecelaruan atau masalah semasa sesi pengajian baru bermula.

Hasil rundingan MPP dengan Pengarah PKP, hari rayuan telah dipercepatkan kepada minggu ini. Borang rayuan bole diperolehi di Pejabat PKP.

Kami daripada pihak MPP memohon kerjasama bagi sesiapa membuat rayuan ini sila lampirkan bersama apa jua bentuk sokongan dan salinan sijil dalam borang rayuan supaya membuktikan anda adalah aktif dan layak untuk memasuki asrama. Namun, saranan juga diberikan agar anda tetap mencari alternatif untuk mendapatkan penginapan rumah sewa supaya sebarang masalah tidak dapat asrama dapat dielakkan.

1 comment:

zarratasnym said...

nah. MPP dh jalankan tanggungjawab. Good job nway! tindakan yang pantas.