PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR
Kenyataan rasmi Majlis Perwakilan Pelajar dan Ketua Unit Keselamatan pada 22 Mac 2012 jam 4.30ptg.
1. ISU LALUAN MOTORSIKAL DI PAGAR UTAMA UMT
Persetujuan Bersama
<Laluan motorsikal akan diperlebarkan>
2.ISU SAMAN PARKING DI FAKULTI
Persetujuan Bersama
<Rundingan ke-1>Semua saman yang dikeluarkan pada 20-23 Mac 2012 dibenarkan membuat rayuan. Perayu akan dikenakan amaran dan tiada kompaun dikenakan. rayuan boleh dilakukan di pejabat Unit Keselamatan.
<Rundingan ke-2> Saman akan dikeluarkan kepada semua pemilik kenderaan yang tidak parkir di lot parkir yang disediakan. Parkir di luar petak hanya dibenarkan apabila semua parkir telah penuh. Lot parkir tersebut akan dikaji dan berpusat. Tiada kompromi saman parkir di lot parkir Khas.
3. ISU STICKER KENDERAAN
Persetujuan Bersama
<Semua pemilik kenderaan diminta menukar pelekat kereta UMT yang baru. Pemilik yang gagal akan diberikan kad pelawat dan lesen akan diambil. Sila buat tuntutan dan permohonan sticker di pejabat Unit Keselamatan.>
4. ISU PARKING BERPUSAT
Persetujuan Bersama
<Rundingan ke-1>Keputusan rundingan MPP dan Naib Canselor pada awal Januari 2012 masih kekal iaitu tidak melaksanakan sistem berpusat pelajar.
<Rundingan ke-2>Peraturan parkir di kompleks sukan adlah kekal. Hanya pelawat dan pelajar yang mempunyai urusan dibenarkan parkir sementara di lot parkir yang dibenarkan. Hasil rundingan ini adalah sah sehingga satu mesyuarat melibatkan pemimpin pelajar dibuat dalam tempoh terdekat. Mahasiswa boleh merujuk Majlis Sukan Pelajar (MSP), Majlis Akademik pelajar (MAP), Majlis Kolej Kediaman (MKK), Jawatankuasa Penginapan Luar Kampus (JPLK), Angkatan Anak seni (AKASIA) untuk menyalurkan maklumat berbentuk cadangan dan bantuan.Mahasiswa juga diminta merujuk Buku Peraturan Pelajar mengenai polisi dan peraturan UMT. MPP meminta untuk mahasiswa bersabar dan tidak menghalang anggota unit keselamtan untuk menjalankan tanggjungjawab seperti yang termaktub dalam Buku Peraturan dan keputusan mesyuarat pengurusan. Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk ahli MPP dan pemimpin Majlis Pelajar lain.
"Pencetus Perubahan Ke Arah Kegemilangan"
22 Mac 2012
Sebarang pertanyaan lanjut atau permasalahan mengenai isu-isu di atas, anda boleh menghubungi Saudara Mohammad Afizan Ghazali di talian 0145080683
Setiausaha Agung
MPP 11/12
Universiti Malaysia Terengganu.