Saturday, 30 July 2011

FORUM DIALOG MPP 11/12 BERSAMA PELAJAR DIPLOMA PERIKANAN

LAPORAN  FORUM MPP 11/12 BERSAMA PELAJAR DIPLOMA PERIKANAN
“PEMIKIRAN MAHASISWA KE ARAH MINDA KELAS PERTAMA”
    

                    Tarikh                                  : 29 JULAI 2010
                    Masa                                   :9.00 MALAM
                   Tempat                                : KAFETERIA SHEIKH ABDUL MALIK
                   Jumlah ahli yang hadir       : 50 ORANG
                                  

1.    Ucapan Speaker Dewan
Speaker dewan mengucapkan salam sejahtera dan terima kasih di atas kehadiran semua ahli yang hadir.


2.    Menerima dan meluluskan usul mahasiswa yang dipilih
Mesyuarat telah bersetuju menerima dan meluluskan forum yang telah dipilih iaitu sebanyak 19 usul.

3.    Perbincangan usul-usul

NO
USUL
TUNTUTAN
STATUS
1.
KUCING SEMAKIN BANYAK DI KAWASAN KAFETERIA DAN ASRAMA

  1. Mahu bilangan kucing dikawal
(Chai Peg Kee, UK 23036)
  1. -  Melakukan Ops Menangkap      Kucing
-       Mewujudkan Taman Kucing
-       Menangkap sendiri
(Mohd. Fazirullah b. Abd. Majid, UK 24536)

Tuntutan menangkap sendiri kucing yang berkenaan diterima dengan undian sebanyak 10/17
2.
PEMASANGAN WIFI DI BILIK ASRAMA UNTUK KEMUDAHAN SEMUA

i.              Disediakan wi-fi di setiap blok secara percuma
( Mohd Shahrizan bin Hussin, UK 22325)

Tuntutan menyediakan wi-fi di setiap blok secara percuma tidak diterima kerana perlu kos pemasangan yang akn diserapkan di dalam yuran
3.
LAMPU DI JALAN BIAWAK TIDAK DAPAT MEMBERI PENCAHAYAAN YANG BAIK PADA WAKTU MALAM KERANA LAMPU TERSEBUT BERADA DI ATAS BUMBUNG

i.              Lampu ditambah di jalan biawak
(Ahmad Faiezian bin Salleh, UK 21990)
ii.             Dipasang di bawah bumbung dengan segera
(Nur Hanisah binti Misman, UK 24297)


iii.            Konsep pantulan cahaya
(Noor Mutmainnah bt Johar, UK 24568)
iv.            Menyimpan semula alatan selepas digunakan (MPP)
v.             Bumbung ditukar kepada bumbung lutsinar (GPMS)
vi.            Status ditanya kepada kontraktor (Pemerhati)

Tuntutan status ditanya kepada kontraktor dan dipasang di bawah bumbung dengan segera diterima dengan undi sebanyak 16/17 dan 13/17

4.
PENGANGKUTAN BAS DIWUJUDKAN UNTUK PARA PELAJAR KE BANDAR TERUTAMANYA PADA HUJUNG MINGGU

i.              Jumaat dan Sabtu disediakan bas untuk pelajar (Mohd. Safwan bin Arbangi, UK 24600)
ii.             Usul tidak dibincangkan ( Mohd. Shahrizan Hussin, UK 22325)
Tuntutan usul tidak dibincangkan diterima.
5.
SEGALA ADUAN MESTILAH DI DENGAR DAN DISELESAIKAN DENGAN SEBAIKNYA


-Usul tidak dibahaskan
6.
PELAJAR LELAKI TIDAK SEPATUTNYA BERADA DI ASRAMA PEREMPUAN

i.              Kuatkuasakan papan tanda sedia ada (Wan Nurshamimi Wan Ab Ghani, UK 24519)
ii.             Perlu laluan digunakan pada waktu petang sahaja ( Nor Kholilah bt Masturi, UK 23183)
iii.            Dapat menggunakan laluan pada bila-bila masa sahaja ( Nor Hazirah bt Rabuan, UK 24563)
iv.            Pelajar, MKK dan MPP saling bertegur ( Pemerhati)
v.             Kuatkuasakan saman bagi pasangan yang mencurigakan ( MPP)
vi.            Kaji semula papan tanda (Pemerhati)
vii.           Melaksanakan ‘Kempen Kesedaran Integriti” (Pemerhati)
Tuntutan iv iaitu pelajar, MKK, dan MPP saling bertegur diterima dengan undian sebanyak 15/17
7.
KUATKUASAKAN PERATURAN UNIVERSITI SEJAJAR DENGAN UNDAN2 ISLAM DALAM MEMBINA INSAN SEPERTI YANG TERCATAT DALAM VISI DAN MISI UMT

i.              Kuatkuasakan undang-undang melalui akhlak (Noor Mutmainnah Johar, UK 24568)
ii.             Mencegah pasangan yang mencurigakan ( Mohd. Fazirullah Abd. Majid, UK 24536)
iii.            Hantar ke Kursus Pemulihan Akhlak (MPP)
Tuntutan mencegah pasangan yang mencurigakan diterima dengan undian sebanyak 16/17

8.


ATM DI KAWASAN KOLEJ KEDIAMAN




-Usul tidak dibahaskan
9.
BAS UNTUK KE KELAS UNTUK PELAJAR LUAR ASRAMA


-Usul tidak dibahaskan
10.
PARKING KERETA UNTUK PELAJAR YANG BERDEKATAN DENGAN ASRAMA


-Usul tidak dibahaskan
11.
HARGA MAKANAN MAHAL


-Usul tidak dibahaskan
12.
PEMASANGAN PAGAR UNTUK MEMISAHKAN BLOK LELAKI DAN PEREMPUAN


-Usul tidak dibahaskan
13.
PENGGUNAAN MERIT DALAM AKTIVITI BAGI MENGGANTIKAN KUPON

i.              Penggunaan sistem merit dipercepatkan sebelum kemasukan pelajar baru ( Ahmad Anwar Sauqie, UK 23507)
ii.             Kupon tidak relevan dan penggunaan sistem merit dilambatkan kerana melibatkan kajian (MPP)
iii.            Selalu kemaskini dengan pihak atasan berkenaan penggunaan sistem merit (REVOF)
iv.            Desakan untuk membina asrama baru (Pemerhati)
Tuntutan kupon tidak relevan dan penggunaan sistem merit dilambatkan keranan melibatkan kajian diterima dengan undian sebanyak 14/17
14.
STAF DAN PELAJAR MEROKOK DALAM KAMPUS


-Usul tidak dibahaskan
15.
KEMUDAHAN DIGUNAKAN OLEH STAF


-Usul tidak dibahaskan
16.
PENGURUSAN STAF UMT YANG LEMAH


-Usul tidak dibahaskan
17.
PENGOPERASIAN BILIK TV


-Usul tidak dibahaskan
18.
KOKURIKULUM DIGANTIKAN PADA HARI LAIN SELAIN HARI SABTU


-Usul tidak dibahaskan
19.
KENAPA PELAJAR YANG DAPAT ASRAMA DIMINTA KELUAR DISEBABKAN PELAJAR BARU MASUK

i.              Mencari penginapan alternatif bagi pelajar yang mendapat asrama (MPP)


ii.             - Buka semula Jembal INN (Ahmad Anwar Sauqie, Uk 23507)
iii.            Menukar daripada blok ATB ke B1 (MPP)
iv.            Mengkaji semula pengambilan pelajar ke asrama (MKK)
v.             Mendesak pihak akademik untuk tidak meningkatkan tawaran pelajar baru (Pemerhati)
vi.            Mewujudkan katil double decker di blok B1 dan B2 (Pemerhati)
vii.           Penyelenggaraan semula Jembal Inn (Pemerhati)
viii.          Blok B1 dan B2 untuk pelajar lelaki ( Ahmad Anwar Sauqie, Uk 23507)
Tuntutan i, v, dan viii diterima dengan jumlah undi sebanyak 9/17, 14/17, dan 11/17



4.    Usul tergempar
Dalam mesyuarat kali ini  perkara-perkara berbangkit seperti berikut:

a.     Usul  13         :     Penggunaan Sistem Merit dalam aktiviti bagi menggantikan kupon
b.     Usul  19         :     Kenapa pelajar yang mendapat asrama diminta keluar disebabkan     pelajar   baru masuk?


5.    Penangguhan
Mesyuarat  Agung ditangguhkan pada jam 12.30 tengah malam dengan ucapan terima kasih daripada Speaker Dewan.

Selamat menjalani Ibadah Puasa

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2011/2012 Universiti Malaysia Terengganu mengucapkan Selamat menjalani Ibadah Puasa kepada semua warga Universiti Malaysia Terengganu... ♥ :)

Selamat Berpuasa dan menjalani Solat Tarawih


Sunday, 24 July 2011

Selamat Datang Delegasi MPP UPM ke Pejabat MPP UMT


Selamat Datang Delegasi MPP UPM ke Pejabat MPP UMT
Tarikh: 25 Julai 2011
Tempat: Pejabat MPP UMT

Program Forum MPP UMT bersama Mahasiswa Diploma Perikanan

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2011/2012 Universiti Malaysia Terengganu akan menjalankan  Forum MPP UMT bersama Mahasiswa Diploma Perikanan bertempat di Kafe Sheikh Abdul Malek UMT.

Tarikh: 29 Julai 2011
Masa: 9.00-11.30 malam
Tempat: Kafe Kolej Kediaman Sheikh Abdul Malek, UMT
Tajuk: Pemikiran Mahasiswa Kearah Minda kelas pertama

Objektif utama forum ini adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk mendengar amanat dan harapan daripada MPP dan juga daripada persatuan atau kelab terhadap mereka. Selain itu, melalui cara ini para pelajar berpeluang untuk berdialog dengan wakil pelajar dan menyuarakan pendapat mereka. Forum ini juga secara tidak langsung menjadi simulasi bagi perancangan parlimen mahasiswa yang dijangka akan diadakan pada semester hadapan.

MPP di Harian Metro- USR di SMK Alor Akar

Presiden MPP di Berita Harian

Saturday, 23 July 2011

Kursus TOT Fasilitator Minggu Jalinan Mesra (MJM) 2011 di Akademi Binaan Malaysia

Satu kursus TOT Fasilitator Minggu Jalinan Mesra (MJM) 2011 telah diadakan di Akademi Binaan Malaysia bermula 21 Julai hingga 23 Julai. Seramai 256 orang peserta menghadiri kursus tersebut dimana jumlah peserta yang hadir melebihi target atau sasaran awal iaitu hanya seramai 250 orang.

Tahniah kepada Pengarah Program, Saudara Mazzaid kerana berjaya menggerakkan program ini dengan baik dan cemerlang. Terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh Majlis Kolej Kediaman (MKK) yang telah banyak membantu pihak MPP menjayakan program ini. Terima kasih diucapkan kepada Pihak HEPA, Pusat Kaunseling dan kerjaya serta Pusat Islam kerana memberi kepercayaan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk mengendalikan program ini.

Semoga semua fasilitator memperoleh input dan ilmu berguna semasa menyertai program TOT ini dan mengaplikasikannya semasa MJM nanti.

EXCO PENERBITAN, PENERANGAN DAN PUBLISITI
MPP UMT 2011/2012

Tuesday, 19 July 2011

Lawatan MPP ke Tapak Program TOT MJM di Akademi Binaan Malaysia (ABM)

Tarikh: 19 July 2011
Masa: 2.30 Petang hingga 6.00 Petang
Tempat: Akademi Binaan Malaysia (ABM)

Satu lawatan kali kedua telah dibuat oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ke Akademi Binaan Malaysia (ABM) untuk mengenalpasti tapak aktiviti dan keadaan fasiliti yang disediakan. Lawatan ini dianggap penting kerana ia membolehkan pihak MPP mengenalpasti kekurangan dan masalah yang terdapat ditapak sebelum program berlangsung. Ia bagi memastikan keselesaan semua peserta yang terlibat didalam program ini.

Perbincangan mengenai aktiviti yang berlangsung didalam dewan utama.

Perbincangan mengenai permainan untuk aktiviti Explorace


EXCO PENERBITAN, PENERANGAN DAN PUBLISITI
MPP UMT 2011/2012

Monday, 18 July 2011

Presiden MPP ke Mesyuarat Jemaah YDP/Presiden Kebangsaan di UPM

Mesyuarat Jemaah YDP/Presiden Kebangsaan dan Penyediaan Modul Malaysia Hebat akan dihadiri oleh Presiden MPP dan Timb. setiausaha MPP UMT pada 15-17 hb Julai 2011 bertempat di UPM. 


Perbincangan akan dokumentasikan untuk rujukan perwakilan mahasiswa generasi akan datang khususnya dan warga UMT amnya.


Yg Benar;
Presiden MPP UMT 2011/2012

Masalah Teknikal MyNemo Selesai

Situasi Masalah: Jika login menggunakan Id dan Password sendiri, masalah akan berlaku dimana laman Mynemo pelajar lain yang akan terpapar di skrin desktop komputer yang sepatutnya memaparkan laman mynemo peribadi sendiri. Semua Pelajar Undergrad mengalami masalah yang sama.

Mohon perhatian kepada semua pelajar, MPP 
telah melaporkan kepada PTM UMT mengenai laman mynemo yang mengalami masalah teknikal, dan PTM telah membaikinya.


Diminta semua pelajar menyemak sama ada masih berlaku masalah tersebut. Jika hal ini masih berlaku sila laporkan kembali.terima kasih.



Sekian terima kasih;

Salam Sayang, Cinta dan Kasih kami kepada anda semua, Mahasiswa/i UMT

"Pencetus Perubahan Kearah Kegemilangan"
EXCO PENERBITAN, PENERANGAN DAN PUBLISITI
MPP UMT 2011/2012

Sunday, 17 July 2011

PENYEDIAAN PENGANGKUTAN BAS UNTUK PESERTA KURSUS TOT FASILITATOR MINGGU JALINAN MESRA (MJM) KEMASUKAN SARJANA MUDA SESI 2011/2012

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh/Salam sejahtera.

PENYEDIAAN PENGANGKUTAN BAS UNTUK PESERTA KURSUS TOT FASILITATOR MINGGU JALINAN MESRA (MJM) KEMASUKAN SARJANA MUDA SESI 2011/2012

Kepada : MPP,MKK dan Semua Fasilitator yang Terpilih.

Mahasiswa/i yang dihormati sekalian, Pihak MPP dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Kenderaan Pejabat Pendaftar UMT akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan bas seperti ketetapan berikut;

DARI MBKT KE UMT
20-07-2011 5.00 pagi – 8.00 pagi & 5.00 petang – 8.00 malam

DARI UMT KE MBKT
23-07-2011 5.00 petang – 8.00 malam
24-07-2011 7.00 pagi – 10.00 pagi

DARI LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD KE UMT
20-07-2011 10.00 pagi – 12.30 tengahari & 4.00 petang – 6.00 petang

DARI UMT KE LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD
24-07-2011 7.00 pagi – 10.00 pagi

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Saudara Mazzaid Bin Mazelan di talian 0129776891/0132371955 atau mana-mana Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT.
Segala keprihatinan mahasiswa/i sesungguhnya sangat dihargai.
”Pencetus Perubahan Kearah Kegemilangan” TQVM .. 8-)