Wednesday, 25 May 2011

Program Lawatan MPP UniSZA ke Pejabat MPP UMT



Pada 25 Mei 2011, satu kunjungan muhibah daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke pejabat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Terengganu. Pertemuan telah dibuat di Dewan Pelajar, aras 2 Bangunan HEPA UMT.


Tujuan: Untuk merapatkan hubungan kerjasama diantara MPP UMT dan MPP UniSZA disamping dapat berkongsi idea dan pengalaman dalam merancang dan melaksanakan program di universiti dan kebangsaan. 



Perbincangan lebih tertumpu kepada hal kebajikan mahasiswa, sukan, kolej kediaman, kerohanian dan hal-hal berkaitan dengan publisiti. 


Delegasi MPP UniSZA juga telah dibawah untuk berkunjung di sekitar Pejabat MPP UMT, Kedai jualan di aras 1 Bangunan HEPA dan Perpustakaan Sultanah Nurzahirah (PSNZ)



Pada akhir program, Presiden MPP UMT dan YDP MPP UniSZA telah bertukar cenderahati kenang-kenangan. Selepas itu, Delegasi MPP UniSZA dan MPP UMT menjamu selera di bilik gerakan Bangunan HEPA.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT mengucapkan Jutaan Terima kasih kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA diatas kunjungan bermakna ini.

Sekian terima kasih;

Salam Sayang, Cinta dan Kasih kami kepada anda semua, Mahasiswa/i UMT

"Pencetus Perubahan Kearah Kegemilangan"
EXCO PENERBITAN, PENERANGAN DAN PUBLISITI
MPP UMT 2011/2012

Borang Pencalonan Anugerah Naib Canselor UMT

Perhatian kepada semua bakal graduan UMT,

Borang Pencalonan Anugerah Naib Canselor UMT telah di email ke semua email pelajar. Anda boleh memuat turun terus melalui email masing-masing.

Sebarang masalah atau pertanyaan, sila berhubung terus dengan En Safre/En. Hazli di talian 09-6684142/ 4323/ 4121 atau emailkan kepada safre@umt.edu.my atau hazli@umt.edu.my

Sekian terima kasih;

Salam Sayang, Cinta dan Kasih kami kepada anda semua, Mahasiswa/i UMT

"Pencetus Perubahan Kearah Kegemilangan"
EXCO PENERBITAN, PENERANGAN DAN PUBLISITI
MPP UMT 2011/2012

Tuesday, 24 May 2011

Program Lawatan MPP UniSZA ke UMT

  


Pada 25 Mei 2011, satu kunjungan muhibah daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke pejabat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Terengganu.


Tujuan: Untuk merapatkan hubungan kerjasama diantara MPP UMT dan MPP UniSZA disamping dapat berkongsi idea dan pengalaman dalam merancang dan melaksanakan program di universiti dan kebangsaan.


Lawatan MPP UniSZA ke UMT


8.45 - ketibaan MPP UniSZA

9.00 - sesi suai kenal (ice breaking)

10.00 - Perbincangan bersama MPP UniSZA dan MPP UMT

12.00 - Sukaneka

2.00 - Ucapan penutup

        • Presiden MPP UMT
        • Wakil MPP UniSZA


       - Penyampaian cenderahati

2.30 - Jamuan ringan
       -  Majlis bersurai




Sekian terima kasih;

Salam Sayang, Cinta dan Kasih kami kepada anda semua, Mahasiswa/i UMT

"Pencetus Perubahan Kearah Kegemilangan"
EXCO PENERBITAN, PENERANGAN DAN PUBLISITI
MPP UMT 2011/2012

Sunday, 22 May 2011

Pertandingan Fotografi Wajah-Wajah 1Malaysia Peringkat UMT

Assalamualaikum WBT....

1. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kebudayaan dan Kesenian dengan
kerjasama Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), UMT akan menganjurkan
Pertandingan Fotografi Wajah-Wajah 1Malaysia Peringkat UMT. Pertandingan
ini terbuka kepada semua mahasiswa/i warganegara Malaysia yang menuntut di
UMT.

2. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan tulus ikhlas mengalu-alukan
penyertaan para mahasiswa/i UMT untuk menyertai pertandingan ini. Bilangan
penyertaan adalah tidak terhad dan penyertaan mahasiswa/i dari pelbagai
kaum juga amatlah digalakkan. Penyertaan juga adalah percuma.

3. Sebanyak 5 penyertaan yang terbaik akan dipilih dan seterusnya akan
mewakili UMT dalam Pertandingan Fotografi Wajah-Wajah 1Malaysia Peringkat
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) anjuran Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia (UPNM) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi yang
menawarkan hadiah menarik seperti :-

i.Johan : Wang Tunai RM 4000.00
ii.Naib Johan : Wang Tunai RM 3000.00
iii.Tempat Ketiga : Wang Tunai RM 2000.00
iv.Saguhati x 5 Pemenang : Wang Tunai RM 500.00

4. Syarat-syarat pertandingan, borang penyertaan dan juga senarai hadiah Pertandingan Fotografi Wajah-Wajah 1Malaysia Peringkat UMT boleh didapati di email warga.pelajar@umt.edu.my. Mohon juga supaya para peserta dapat
mengembalikan borang penyertaan bersama-sama karya foto sebelum atau pada
Selasa 21 Jun 2011 dengan menghantar email kepada Urusetia Pertandingan seperti dibawah :-

i.Cik Suriaty binti Khalid
Pegawai Kebudayaan
Pusat Kebudayaan dan Kesenian
Unversiti Malaysia Terengganu
09-6684576 / 013-9231070
suriaty@umt.edu.my

ii.Pn. Sarawati binti Sulong
Pustakawan Kanan
Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ)
09-6684239 / 019-9802500
ss@umt.edu.my

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN FOTOGRAFI WAJAH-WAJAH 1MALAYSIA
PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

SYARAT PERTANDINGAN :

1. Pertandingan adalah TERBUKA kepada semua pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

2. Penyertaan adalah PERCUMA.

3. Foto yang diambil mestilah merupakan foto terkini, mempunyai mesej,nilai-nilai dan berunsurkan konsep dan semangat 1Malaysia dan menonjolkan keistimewaan konsep tersebut. Karya foto juga mestilah mengandungi sekurang-kurangnya salah satu daripada lapan (8) nilai 1Malaysia seperti berikut :
i. Budaya Kecemerlangan
ii. Ketabahan
iii. Rendah Hati
iv. Penerimaan
v. Kesetiaan
vi. Meritokrasi
vii. Integriti
viii. Pendidikan

4. Interpretasi para peserta terhadap tema 1Malaysia adalah bebas selagi ianya tidak terkeluar daripada tema asas.

5. Peserta boleh menggunakan sebarang jenis kamera digital atau analog.

6. Segala kos yang terlibat dalam menyertai pertandingan ini adalah ditanggung sendiri oleh peserta.

7. Semua peserta pertandingan mestilah berukuran Super 8R (8” x 12”).

8. Karya foto mestilah dihantar dengan menggunakan FORMAT JPEG.

9. Foto yang dikemukakan bagi tujuan pertandingan ini mestilah foto asli yang diambil sendiri oleh peserta.

10. Suntingan atau ubahsuai minima seperti pengubahan brightness, cropping, softening dan sharpening terhadap foto menggunakan sebarang perisian computer adalah dibenarkan. Namun demikian, teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick photographs dan gambar dimanipulasi adalah TIDAK DIBENARKAN.

11. Penggunaan ayat-ayat interpretasi untuk menggambarkan tema foto yang diambil adalah dibenarkan. Sebagai contoh, ‘1 Malaysia Rakyat Didahulukan’, ‘Penuh Integriti Pencapaian Diutamakan’, ‘Adab dan Sopan Mutiara Perpaduan’, ‘1 Malaysia Payung Perpaduan Nusa’, ‘Hidup Sebumbung Aman Bersusila’ dan sebagainya.

12. Setiap peserta boleh menghantar sebanyak 1 hingga 10 keping foto dalam setiap penyertaan tetapi hanya satu (1) hadiah sahaja boleh dimenangi bagi setiap penyertaan tersebut.

13. Pihak urusetia mempunyai hak milik ke atas foto pertandingan dan berhak menggunakan foto-foto tersebut untuk sebarang tujuan tanpa sebarang bayaran kepada peserta.

14. Sebanyak 5 penyertaan yang terbaik akan dipilih dan akan mewakili UMT dalam pertandingan Fotografi Wajah-Wajah 1Malaysia Peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) anjuran Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi yang menawarkan hadiah seperti berikut :

i. Johan : Wang Tunai RM 4000.00
ii. Naib Johan : Wang Tunai RM 3000.00
iii. Tempat Ketiga : Wang Tunai RM 2000.00
iv. Saguhati x 5 Pemenang : Wang Tunai RM 500.00

KRITERIA PENGHAKIMAN :

1. Setiap penyertaan akan dihakimi oleh panel hakim professional yang dilantik oleh pihak penganjur.

2. Penilaian dan penghakiman adalah berasaskan pematuhan syarat-syarat pertandingan seperti yang digariskan.

3. Penilaian dan penghakiman terhadap karya foto adalah lebih tertumpu kepada ‘tema’ dan ‘kreativiti’, bukannya pada kemampuan merakam foto secara profesional. Namun yang demikian, kualiti foto juga akan diambil kira dalam pemberian markah.

4. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan tiada bantahan akan diterima.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN :

1. Semua penyertaan beserta maklumat lengkap yang telah diisi mestilah sampai ke pihak urusetia sebelum atau pada 21 Jun 2011.

HADIAH :

1. Semua penyertaan yang dihantar akan menerima sijil penyertaan.

2. Hadiah yang disediakan adalah seperti berikut :

i. Johan : Wang Tunai RM 300.00
ii. Naib Johan : Wang Tunai RM 250.00
iii. Tempat Ketiga : Wang Tunai RM 200.00
iv. Tempat Keempat : Wang Tunai RM 150.00
v. Tempat Kelima : Wang Tunai RM 100.00

KEPUTUSAN PERTANDINGAN :

1. Keputusan pertandingan akan diumumkan di laman web warga.pelajar@umt.edu.my

PERTANYAAN LANJUT / ALAMAT PENYERTAAN :

1. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, anda boleh berhubung dengan urusetia pertandingan.

2.Semua karya foto berserta borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah diemail kepada alamat seperti dibawah.

Urusetia Pertandingan :-

i. Cik Suriaty binti Khalid
Pegawai Kebudayaan
Pusat Kebudayaan dan Kesenian
Unversiti Malaysia Terengganu
09-6684576 / 013-9231070
suriaty@umt.edu.my

ii. Pn. Sarawati binti Sulong
Pustakawan Kanan
Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ)
09-6684239 / 019-9802500
ss@umt.edu.my

Saturday, 30 April 2011

Permasalahan Permohonan Asrama dan Rundingan MPP bersama PKP UMT

Pertemuan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu bagi sesi 2011/2012 dengan Pengarah Penempatan dan Kemudahan Pelajar, Dr. Ahmad Munir Bin Dato’ Mohd Salleh @ Embat, Pengetua KKARL, Ahmad Fakharuddin Bin Abd. Rahman, Pengetua KKSAM Prof. Madya  Dr. Wan Izatul Asma Bt. Wan Talaat, Pengurus Asrama KKSAM Wan Adzmani Bin Wan Othman, Pengurus Asrama KKARL; Mazlina Binti Ahmad Fazili, Penolong Pengurus Asrama KKSAM Ahmad Fadhli Bin Hamzah dan juga beberapa pegawai staf yang terlibat bagi membincangkan rundingan sebanyak dua kali tentang penempatan pelajar pada petang hari Rabu selepas Memo Pemberitahuan Senarai Kemasukkan Pelajar UMT yang LAYAK menginap di asrama bagi sesi 2011/2012.

Pertemuan pertama dan kedua ini adalah berikutan rentetan permasalahan yang wujud apabila timbul rungutan pelajar yang tidak berpuas hati dengan pemilihan yang dilakukan oleh PKP kerana antara isu yang dibangkitkan adalah seperti berikut:
  1. Pertambahan kemasukan pelajar baru yang telah menghadkan dan mengurangkan bilangan pelajar yang berkelayakan (bagi tahun 2 dan tahun 3) yang ingin mendiami asrama.
  2. Pemilihan pelajar adalah tidak mengikut tahap keaktifan seseorang pelajar.
  3. Menjadi permasalahan kepada para pelajar Diploma Perikanan dari segi penginapan kerana wujud salah faham tentang KEUTAMAAN mereka untuk mendapatkan asrama kepada JAMINAN mendapat asrama.
  4. Bagaimana saluran yang digunakan oleh pihak PKP dalam menentukan pemilihan kemasukan para pelajar ke asrama.

Empat topik utama yang diperbincangkan dan dipersoalkan untuk mendapatkan penjelasan bertulis supaya mahasiswa mendapat gambaran sebenar mengapa permasalahan ini berlaku.
Antara jawapan bagi persoalan tersebut adalah:
  1. Pihak Akademik baru bagi senarai anggaran terbaru yang kemungkinan 2840 orang pelajar baru bagi kemasukan pelajar sesi akademik 2011/2012 ini. Anggaran ini bertambah berbanding tahun lepas kerana universiti pendidikan mengurangkan pengambilan pelajar-pelajar pra-siswazah berikutan daripada pertambahan pengambilan pelajar siswazah berbanding dengan prasiswazah  untuk ijazah pertama dengan nisbah 50-50 menjelang tahun 2015. Hal ini telah terdapat dalam RMK-10, dimana universiti pendidikan bernisbah ppascasiswazah dan pepra-siswazah dalam angka 1:1. Maka, kita yang bukan universiti pendidikan ini akan menjadi tempat sebahagian untuk menampung pengisian pelajar-pelajar prasiswazah tersebut.
  2. Setiap kemasukan asrama adalah mengikut saluran unit yang menjadi pilihan pemohon itu sendiri.Contohnya, sekiranya pemohon memohon menggunakan unit Penglibatan KELAB, maka pihak yang bertanggungjawab berkaitan penglibatan pemohon dalam unit KELAB tersebut akan menilai sejauhmana prestasi dan keaktifan pemohon itu bagi melayakkan pemohon mendapatkan asrama.
  3. Pelajar Diploma Perikanan sememangnya diberikan keutamaan dalam pemilihan asrama namun masih berasaskan kelayakan dari segi saluran yang digunakan. Kebanyakan saluran yang digunakan telah melebihi koata yang sepatutnya.
  4. Saluran yang digunakan adalah lebih kepada prinsip keadilan kepada semua pihak unit dan bagi mengelakkan wujudnya hanya ‘kroni’ tertentu mendapat asrama. Maka unit-unit yang telah menjadi saluran ini bertanggungjawab dari segi pemilihan setiap pelajar.

Demikian secara ringkas perkara yang menjadi perbincangan tersebut. Namun begitu, perundingan tersebut bukanlah hanya perundingan pertama atau kedua atau terakhir. MPP akan sentiasa membuat perbincangan dari semasa mengikut keperluan. Hasil dari rundingan tersebut dapat mempercepatkan proses rayuan buat para pemohon supaya tidak berlaku kecelaruan atau masalah semasa sesi pengajian baru bermula.

Hasil rundingan MPP dengan Pengarah PKP, hari rayuan telah dipercepatkan kepada minggu ini. Borang rayuan bole diperolehi di Pejabat PKP.

Kami daripada pihak MPP memohon kerjasama bagi sesiapa membuat rayuan ini sila lampirkan bersama apa jua bentuk sokongan dan salinan sijil dalam borang rayuan supaya membuktikan anda adalah aktif dan layak untuk memasuki asrama. Namun, saranan juga diberikan agar anda tetap mencari alternatif untuk mendapatkan penginapan rumah sewa supaya sebarang masalah tidak dapat asrama dapat dielakkan.