Tuesday, 19 July 2011

Lawatan MPP ke Tapak Program TOT MJM di Akademi Binaan Malaysia (ABM)

Tarikh: 19 July 2011
Masa: 2.30 Petang hingga 6.00 Petang
Tempat: Akademi Binaan Malaysia (ABM)

Satu lawatan kali kedua telah dibuat oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ke Akademi Binaan Malaysia (ABM) untuk mengenalpasti tapak aktiviti dan keadaan fasiliti yang disediakan. Lawatan ini dianggap penting kerana ia membolehkan pihak MPP mengenalpasti kekurangan dan masalah yang terdapat ditapak sebelum program berlangsung. Ia bagi memastikan keselesaan semua peserta yang terlibat didalam program ini.

Perbincangan mengenai aktiviti yang berlangsung didalam dewan utama.

Perbincangan mengenai permainan untuk aktiviti Explorace


EXCO PENERBITAN, PENERANGAN DAN PUBLISITI
MPP UMT 2011/2012

Monday, 18 July 2011

Presiden MPP ke Mesyuarat Jemaah YDP/Presiden Kebangsaan di UPM

Mesyuarat Jemaah YDP/Presiden Kebangsaan dan Penyediaan Modul Malaysia Hebat akan dihadiri oleh Presiden MPP dan Timb. setiausaha MPP UMT pada 15-17 hb Julai 2011 bertempat di UPM. 


Perbincangan akan dokumentasikan untuk rujukan perwakilan mahasiswa generasi akan datang khususnya dan warga UMT amnya.


Yg Benar;
Presiden MPP UMT 2011/2012

Masalah Teknikal MyNemo Selesai

Situasi Masalah: Jika login menggunakan Id dan Password sendiri, masalah akan berlaku dimana laman Mynemo pelajar lain yang akan terpapar di skrin desktop komputer yang sepatutnya memaparkan laman mynemo peribadi sendiri. Semua Pelajar Undergrad mengalami masalah yang sama.

Mohon perhatian kepada semua pelajar, MPP 
telah melaporkan kepada PTM UMT mengenai laman mynemo yang mengalami masalah teknikal, dan PTM telah membaikinya.


Diminta semua pelajar menyemak sama ada masih berlaku masalah tersebut. Jika hal ini masih berlaku sila laporkan kembali.terima kasih.



Sekian terima kasih;

Salam Sayang, Cinta dan Kasih kami kepada anda semua, Mahasiswa/i UMT

"Pencetus Perubahan Kearah Kegemilangan"
EXCO PENERBITAN, PENERANGAN DAN PUBLISITI
MPP UMT 2011/2012

Sunday, 17 July 2011

PENYEDIAAN PENGANGKUTAN BAS UNTUK PESERTA KURSUS TOT FASILITATOR MINGGU JALINAN MESRA (MJM) KEMASUKAN SARJANA MUDA SESI 2011/2012

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh/Salam sejahtera.

PENYEDIAAN PENGANGKUTAN BAS UNTUK PESERTA KURSUS TOT FASILITATOR MINGGU JALINAN MESRA (MJM) KEMASUKAN SARJANA MUDA SESI 2011/2012

Kepada : MPP,MKK dan Semua Fasilitator yang Terpilih.

Mahasiswa/i yang dihormati sekalian, Pihak MPP dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Kenderaan Pejabat Pendaftar UMT akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan bas seperti ketetapan berikut;

DARI MBKT KE UMT
20-07-2011 5.00 pagi – 8.00 pagi & 5.00 petang – 8.00 malam

DARI UMT KE MBKT
23-07-2011 5.00 petang – 8.00 malam
24-07-2011 7.00 pagi – 10.00 pagi

DARI LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD KE UMT
20-07-2011 10.00 pagi – 12.30 tengahari & 4.00 petang – 6.00 petang

DARI UMT KE LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD
24-07-2011 7.00 pagi – 10.00 pagi

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Saudara Mazzaid Bin Mazelan di talian 0129776891/0132371955 atau mana-mana Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT.
Segala keprihatinan mahasiswa/i sesungguhnya sangat dihargai.
”Pencetus Perubahan Kearah Kegemilangan” TQVM .. 8-)

Thursday, 30 June 2011

MPP jelas Isu Bas

MPP telah menemui pegawai Pejabat Pendaftar bahagian Kenderaan En Muizzuddin bin Suhaimi, Pembantu Tadbir (P/O) bagi mendapatkan maklumat mengenai penggunaan bas di UMT

Universiti Malaysia Terengganu mempunyai 12 buah bas. Pecahan bas adalah seperti berikut :
Bas Panjang        : 9 buah
Bas Pendek        : 2 buah
Bas 2 Tingkat      : 1 buah
Status Bas di bengkel : hanya 10 buah bas yang boleh digunakan setakat tarikh 29/06/2011
Bas Panjang        : 1 buah dijangka siap bulan Sepetember 2011
Bas pendek        : 1 buah baru 2 minggu dari tarikh 29/06/2011 masuk bengkel

Hanya duit Tol Lebuhraya  sahaja yang akan dikenakan pada pelajar. MPP mengemukakan isu duit minyak. Tetapi dinafikan oleh pegwai terbabit. Sekiranya wujud isu ini sila buat laporan terus kepada MPP untuk tindakan kami. Sebelum ini terdapat kes dimana kad minyak diblock dan tidak berfungsi yang menyebabkan pemandu berkongsi menggunakan duit pelajar. Tetapi duit telah dikembalikan.

Prosedur  menghantar borang perlu diikut bagi mengelak pertikaian yang meragukan adlah seperti berikut :
14 hari bagi penggunaan bas. 7 hari bagi kenderaan ringan. Borang boleh didapati di http://www.umt.edu.my/fmsm/jsm/e-form.html Atau didapati di Pejabat MPP.

Menjawab beberapa isu bas yang terkini 
Berikut adalah jadual perjalanan bas dari 18hb Jun 2011 – 10 Julai 2011
Bas Panjang
21-26 hb                               NRIC USM           x1                         
25 hb Jun – 10 hb Julai    Pentauliahan PALAPES UTHM    x1
21-27 hb                               NIRA (SIFE)         x1
24-30 hb                               MASUM Fasa II x2
18-25 hb                               MASUM Fasa I  x5
Bas pendek
21-27 hb                               MASUM KAYAK x1
Bas 2 Tingkat
25 hb                                     Pentauliahan SUKSIS  UTM          x1

Pihak MPP dimaklumkan bahawa permohonan dibuat adalah banyak dan saling bertindih. Yang didahulukan adalah yang menghantar borang terlebih dahulu.

Bagi kes terkini, MPP telah dimaklumkan bahawa pegawai /pelajar program terbabit lambat membuat permohonan. 

MPP berharap segala masalah yang dihadapi perlulah dimaklumkan kepada MPP dengan segera. Kami akan mencari jalan penyelesaian. tetapi kami perlukan butiran terperinci setiap permasalahan yang berlaku.

Presiden MPP
sesi 2011/2012
29/6/2011