Monday 29 August 2011

Ucapan Khas Presiden MPP sempena Aidilfitri dan Hari Merdeka

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia,

Dikesempatan yang ada ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negara ke-54 dan Selamat Hari Raya Aidilfitri khusus kepada semua Mahasiswa khususnya dan  Warga Universiti Malaysia Terengganu amnya. Juga tidak ketinggalan mereka yang masih melanjutkan pelajaran di luar negara, serta seluruh masyarakat di Malaysia.

Saya mewakili barisan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012 memohon maaf atas ketidakupayaan kami dalam melaksanakan tanggunjawab yang diberikan. Walaubagaimanapun kami masih komited dalam mencipta penandaaras baru dalam merealisasikan dimensi baru mahasiswa pada masa hadapan.Kami juga akan meneruskan agenda mahasiswa yang lebih tersusun dan selari dengan matlamat universiti. Sokongan dan penglibatan anda semua amat diperlukan supaya kesinambungan pemimpin dan masyarakat dikekalkan. Dasar pandang ke depan amat kami titik beratkan dan menjadi nadi kepimpinan kami. Bersama kami mencari preskripsi yang menjurus ke arah resolusi, dan menjayakan transformasi era mahasiswa.

Sambutlah Hari Kemerdekaan kesyukuran terhadap Tuhan. Pengorbanan generasi terdahulu amat dihargai.Keperitan generasi terdahulu memungkinkan untuk kita mengecapi mercu kegemilangan. Saya juga amat bertierima kasih kepada Perdana Menteri Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein Bapa Pembangunan, Tun Hussein bin Dato' Onn, Bapa Perpaduan, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Bapa Pemodenan, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Bapa Pembangunan Modal Insan. Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak Bapa Transformasi yang telah mengekalkan kemerdekaan dan menerajui tanah air tercinta. Bukan Mudah, tetapi ianya sudah berjaya.

           Adakalanya mahasiswa juga perlu meneliti bait-bait puitis ahli politik. Adakala madahnya menyentuh benak insan yang luluh hatinya memendam kepiluan.kenyataan sesetengah ahli politik baru-baru ini amat mengguris rakyat Malaysia keseluruhannya. Dipihak Mahasiswa, saya amat kesal dan meminta pihak kerjaan dan parti politik terbabit menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka.

Saya kagum dan berbangga andaikata mahasiswa sentiasa peka dan merintis isu semasa untuk menyatakan pendirian mahasiswa dalam pelbagai perkara. Saya juga ingin melahirkan kelegaan sesetengah pihak di atas  penamatan perjanjian Air Johor-Singapura 1961 yang telah menimbulkan pelbagai persoalan sehingga menjadi pertikaian dikalangan pemimpin politik yang akhirnya menimbulkan kecelaruan dikalangan rakyat. Susana politik tanah air kini tidak seimbang. Saya khuatir andaikata ianya menjadi ruang kepada musuh negara mencipta isu-isu ghaib. Kemajuan dan kemakmuran yang dikecapi oleh rakyat kita menimbulkan rasa cemburu kepada mereka. Saya juga meminta agar semua ahli politik supaya tidak ghairah akan kuasa yang akhirnya menggugat perpaduan rakyat.Saya mahupun seluruh mahasiswa akan bersedia untuk meneruskan kegemilangan tanah air tercinta.

Menziarahi pusara  datuk saya kali ini amat bermakna bagi saya diambang raya dan merdeka. Di pusara inilah yang telah menempatkan salah seorang prajurit tanah air pernah mendapat pengiktirafan Veteren Merdeka oleh Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Airmata yang dititiskan bukan lagi adat syawal tetapi titisan penghargaan. Titisan airmata buat prajurit tanah air. Saya percaya ramai dikalangan mahasiswa dan juga keluarga prajurit Tanah Air menyimpan nostalgia yang sama. TERIMA KASIH dan Saya BANGGA kerana Tanah Air ku mempunyai rakyat seperti Kalian Semua.

Untuk yang bukan beragama Islam, saudara/i disarankan agar meningkatkan kefahaman terhadap Agama Islam dan seterusnya menghormatinya agar dapat menyambut raya secara bersama dalam suasana penuh harmoni.

Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Negara ke-54 dan Selamat Hari Raya Aidilfitri tulus ikhlas maaf zahir dan batin.

Cita rasa mereka mengungkai merdeka
Sarkastik itu menjadi ketakutan
Kembali dalam lingkar kehidupan kerakyatan
Darah rakyat terbakar untuk keselesaan
Otentik itu mungkin demensi yang sama
Saraf evolusi akar kebangkitan
Separuh waktu merangkum budaya
Duri liku merintis sebuah tamadun
Baku bercangkang api-pun tergenggam
Tumbuh merentas tradisi mencita nama

Ingatlah
MERDEKA itu bukan nama

p/s: Ucapan di dalam youtube..



“Pencetus Perubahan Kearah Kegemilangan”

Muhammad Sufi Iberahim Shah
Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012
Universiti malaysia Terengganu

Thursday 18 August 2011

Ziarah Bakti Ramadhan: 11 adik-beradik yatim piatu diberi bantuan


Niat sememangnya mahu bersama ibu dan ayah menyambut bulan Ramadhan, namun apakan daya segalanya punah dan terpaksa menyara hidup 10 adik-beradiknya yang lain. Inilah nasib yang menimpa pelajar Politeknik Muadzam Shah, Mohd Khairul Mat Amin, 22, yang kehilangan ayah tercinta pada hari ke-4 umat Islam menyambut Ramadhan sedangkan ketika itu mereka masih terasa pemergian ibu tercinta enam tahun lalu.


Prof. Dr. Yahaya Bin Ibrahim selaku Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEPA) bersama Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT &  pegawai Pusat Islam UMT berbual bersama Mohd Khairul
Atas keprihatinan dan rasa tanggungjawab, tanggal 12 Ogos 2011, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT bersama bahagian kebajikan pelajar di bawah Pejabat Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menziarahi sebuah rumah yang didiami 11 orang adik-beradik yatim piatu dan menyerahkan sumbangan kepada pelajar Norfadilah Binti Mat Amin yang kematian ayah pada minggu lepas akibat serangan jantung di Kampong Paya Keladan ,Termeloh,Pahang. 

 
Penyerahan sumbangan ini juga telah dihadiri oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, Prof. Dr. Yahaya Bin Ibrahim selaku Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar(HEPA), Ustaz Razi Bin Yaakob yang merupakan Ketua Pusat Islam UMT, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Muhammad Sufi Bin Iberahim Shah serta 3 orang pegawai Pusat Islam UMT, 5 orang Exco MPP dan 7 orang seketeriat MPP. Salah seorang anak yatim ini adalah merupakan pelajar jurusan Kaunseling Tahun 3 di Universiti Malaysia Terengganu Kaunseling yang juga merupakan kakak sulung iaitu Norfadilah Binti Mat Amin, 23 dan seorang lagi adiknya belajar di Kolej Shahputra. Mohd Khairul berkata, lima adiknya masih bersekolah menengah, tiga di sekolah rendah. 


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi juga turut serta melawat keluarga Norfadilah


Norfadilah Binti Mat Amin kehilangan ayahnya Mat Amin Jusoh, 55 akibat sakit jantung pada minggu lepas selepas kematian ibunya kira-kira 6 tahun yang lalu. Kisah Norfadilah  Binti Mat Amin telah mendapat liputan oleh media cetak dan media elektronik berikutan terpaksa menanggung kehidupan 10 orang adiknya setelah kehilangan tempat bergantung. Kini adik keduanya,Mohd Khairul, 22 bertangungjawab untuk memikul peranan sebagai ketua keluarga serta menyara keluarganya.


Datuk Saifuddin Abdullah bertanyakan soalan kepada
           Wakil Jabatan Kebajikan.

Mohd Khairul yang merupakan anak kedua daripada 11 adik-beradik malang  berkata kini mereka betul-betul mengharapkan bantuan dan sumbangan ramai selepas bapa mereka, meninggal dunia 

“Minggu lepas, satu lagi dugaan menimpa kami adik-beradik apabila ayah pergi buat selama-lamanya akibat sakit jantung. Jika selama ini, arwah ayah yang terpaksa membanting tulang dengan bekerja kampung semata-mata mahu menyara kami adik-beradiknya yang ramai ,namun kini kami telah hilang tempat mengadu dan bergantung segala-galanya selama ini,” 

Rombongan UMT telah tiba pada jam 2.30 petang yang diketuai oleh TNC HEPA, Prof. Dr. Yahaya Bin Ibrahim. Beliau telah hadir bagi menyelami perasaan pelajar serta adik-beradik tersebut. TNC HEPA turut  bertanyakan khabar serta memberikan semangat dan kata-kata perangsang kepada 11 adik-beradik ini bagi meneruskan cabaran yang bakal mendatang.


Selain itu, pihak UMT telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM 1000,  sumbangan daripada tabung zakat pelajar sebanyak RM 200 dan tabung khairat kematian RM 200. Selain itu, hamper serta barang-barang keperluan asas seperti beras,gula,minyak turut disumbangkan kepada Norfadilah. Sumbangan diserahkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi , Datuk Saifuddin Abdullah dirumah pelajar terbabit.

Penyerahan sumbangan oleh Dato' Saifuddin Abdullah




TNC HEPA menyerahkan sumbangan



Pertemuan ini merupakan satu titik ukhuwah diantara pemimpin bersama rakyat, malahan, keprihatinan ini bukan sekadar untuk retorik luaran semata-mata namun berharap dapat menarik keprihatinan rakyat Malaysia juga dalam membantu meringankan kesusahan dan penderitaan orang lain. 


Barisan MPP UMT bergambar bersama-sama Norfadilah dan adik beradiknya



Pegawai Pusat Islam bergambar  bersama
               keluarga Norfadilah


Sesungguhnya, sumbangan ini hanya sedikit jika hendak dibandingkan dengan hakikat kepayahan yang bakal dialami oleh keluarga ini dalam meniti hari mendatang. Realitinya, untuk meneruskan kelangsungan hidup, keluarga ini memerlukan sekurang-kurangnya RM500 untuk menampung pembelanjaan dapur dan RM150 bagi membiayai persekolahan bagi setiap bulan. Namun begitu, keluarga ini masih mengharapkan simpati dan ihsan banyak pihak dalam memastikan kebajikan adik-beradiknya terbela. 

Kepada mereka yang berhasrat menghulurkan sumbangan kepada 11 adik-beradik ini bolehlah berhubung dengan Mohd Khairul Mat Amin di talian 013-2360455 atau terus melalui akaun BSN 06400-29-00005700-2.

"PENCETUS PERUBAHAN KE ARAH KEGEMILANGAN"

Friday 5 August 2011

Info Majlis Jalinan Mesra (MJM) untuk Fasilitator

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Mohon perhatian kepada semua fasilitator, 
 Tarikh MJM bermula 6 September hingga 10 september 2011.
Mohon kepada semua fasilitator untuk hadir pada 5 september 2011 dan membuat pendaftaran dan mendapatkan kunci untuk penginapan selewat2nya sebelum jam 8.00 pagi 5 september. Taklimat penuh MJM akan diadakan pada 5 September 2011 jam 9.00 pagi dan pemberian Vest beserta cap juga akan diberikan pada taklimat tersebut. Penginapan disediakan bermula 4 September 2011. Kepada fasi2x yang hadir awal bolehlah mendapatkan penginapan. Mohon jasa baik semua fasilitator yang dikasihi agar cakna tentang perjalanan MJM kali ini seperti yang dirancangkan,
Berikut adalah jadual perjalanan bas ketika MJM berlangsung untuk memudahkan pergerakan semua fasilitator. mohon kepada semua fasilitator untuk mengambil cakna akan pengankutan yang disediakan ini.

DARI MBKT KE UMT


03-09-2011 (SABTU) 4.00 pagi – 8.00 pagi
4.00 petang – 8.00 malam
04-09-2011 (AHAD) 4.00 pagi – 8.00 pagi
4.00 petang – 8.00 malam
05-09-2011 (ISNIN) 4.00 pagi – 8.00 pagi
4.00 petang – 8.00 malam
06-09-2011 (SELASA) 4.00 pagi – 6.00 petang

DARI LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD KE UMT

04-09-2011 (AHAD) & 05-09-2011 (ISNIN)
10.00 pagi – 12.30 tengahari
4.00 petang – 6.00 petang
8.00 malam – 10.30 malam
06-09-2011 (SELASA) 8.00 pagi – 6.00 petang
p/s : Pengangkutan bas ini disediakan kepada semua fasilitator, pelajar diploma dan juga pelajar baru bersama keluarga yang bakal mendaftar pada 6 September 2011. Pihak MPP memohon jasa baik semua pelajar UMT untuk menjaga tatasusila serta imej kita sebagai warga UMT. u all terbaikk!! TQVM 8-)
 Disediakan oleh:
Exco Protokol, Etiket dan Pembangunan Personaliti MPP UMT